Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tular baru-baru ini apabila Kerajaan Perak mengumumkan pemberian 20,000 telefon pintar buat pelajar daripada keluarga B40 menerusi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).

Meskipun pemberian telefon pintar tersebut merupakan sebuah inisiatif yang baik, orang ramai nampaknya agak terkejut dengan pemilihan model YES Altitiude 3 yang sekadar dilengkapkan dengan 1GB RAM, 8 GB ruang storan dan bateri berkapasiti 2,000mAh sekaligus menunjukkan model ini tidak releven untuk digunakan pada tahun 2021.

Selain daripada alasan pemberian telefon pintar berkenaan untuk mengelakkan para pelajar bermain game, para netizen dikejutkan dengan berita telefon daripada model ini yang terbakar secara tiba-tiba tidak sampai sebulan digunakan.

Pemilihan model YES Altitude 3

ezgif-2-7ec9711f3ed5 (1)

Sumber: SoyaCincau

Menurut perkongsian seorang individu di Facebook ini, beliau amat kecewa dengan pemilihan model YES Altitude 3 yang dilihat tidak tersenarai di laman telefon pintar terkemuka sekaligus mengesahkan status jenama ini.

Sebagai perbandingan, YES sebelum ini pernah mengeluarkan telefon pintar untuk diberikan kepada para guru bersama simkad percuma. Walau bagaimanapun, beliau selaku penjual telefon sering kali berjumpa dengan pengguna telefon pintar berkenaan yang mengalami masalah melibatkan bateri kembung, lubang pengecasan tercabut dan sebagainya.

Agak mengejutkan beliau baru-baru ini apabila pihak kerajaan sekali lagi memilih telefon pintar jenama YES untuk diberikan kepada para pelajar. Spesifikasinya yang rendah pastinya turut menyukarkan para pelajar untuk menjalankan PdPR.

Tambahnya lagi, di China turut terdapat kilang telefon di mana orang ramai berpeluang menghasilkan telefon pintar berkualiti rendah dengan jenama sendiri.

Cadangkan Samsung Galaxy M02 sebagai altenatif

Samsung Galaxy M02

Sumber: YouTube Mohd Azizam

Menerusi keluhan yang dibuat, individu ini turut mencadangkan sebuah telefon pintar yang hadir dengan jurang harga hampir sama serta turut dilengkapkan dengan spesifikasi yang lebih baik iaitu Samsung Galaxy M02.

Model yang dilancarkan Samsung pada tahun ini sedia ditawarkan dengan spesifikasi yang jauh lebih baik berbanding YES Altitude 3 iaitu 2GB RAM, 32GB ruang storan dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Bukan itu sahaja, model ini turut hadir dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan 5-megapixel pada bahagian hadapan yang pastinya bakal memudahkan pelajar sewaktu menggunakan aplikasi Google Meet.

Samsung Galaxy M02

Sumber: android info tech

Selain itu, Samsung yang mempunyai kilang telefon terbesar dunia ini pastinya lebih terjamin kualitinya. Beliau juga turut mempersoal dari segi pemasaran, di mana sekiranya projek ini diperkenalkan kerajaan, mengapa model yang cukup terkenal seluruh dunia tidak tersenarai.

Malah, projek yang melibatkan 20,000 unit telefon pintar ini pastinya menarik perhatian pihak Samsung yang sekaligus mampu menguatkan lagi pemasaran buat jenama mereka.

Screen Shot 2021-06-17 at 12.01.13 PM

Sumber: Shopee

Berdasarkan tinjuan kami di Shopee, Samsung Galaxy M02 ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM319 sahaja. Model mampu milik ini dilihat sebagai pilihan terbaik buat ibu bapa yang tidak mahu berbelanja besar buat anak-anak yang mahu menjalankan PdPR.

Beliau juga berharap isu ini dapat dipertimbang semula melihatkan kepada keadaan semasa orang ramai yang mengalami krisis ekonomi berikutan pandemik.

Ketahui lebih lanjut mengenai pemberian telefon pintar kepada para pelajar yang menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen selepas wakil Kerajaan Perak memaklumkan pemilihan model berkenaan untuk mengelakkan para pelajar bermain game.

Mahu Elak Bermain ‘Game’, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar

Dugaan Murid PdPR, Telefon Jenama YES Pakai Tak Sampai Sebulan Terbakar Secara Tiba-Tiba

Anda Mungkin Suka