Nampaknya siri Samsung Galaxy Note masih mempunyai peminat yang ramai di Malaysia selepas telefon pintar yang baru sahaja diumumkan Samsung ini telah habis dipra-tempah.

Menariknya, model yang menjadi rebutan ramai adalah model yang hadir dengan saiz storan yang agak tinggi iaitu 512 GB. Dalam usaha untuk menarik para pengguna, Samsung Malaysia turut menawarkan beberapa hadiah menarik buat pembeli model 512 GB seperti Samsung Gear Sport, Gear Strap dan wireless charging pod bernilai RM1,531 secara percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Samsung Galaxy Note 9 Sold Out

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 9 dengan storan 128 GB, anda masih lagi berpeluang membuat pra-tempah di laman web rasmi Samsung dengan klik di sini. Melalui pra-tempah yang dibuat, anda berpeluang menikmati Samsung Gear Sport bernilai RM1,219 secara percuma.

Baca lagi: Samsung Lancar Galaxy Note 9 Untuk Pasaran Malaysia

Sumber