Smartphone flagship terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy S8 mungkin berbaki 3 minggu sehaja lagi sebelum dilancarkan pada 29 Mac ini. Dalam pada itu, ura-ura atau rekabentuk yang tertiris sudah banyak diperlihatkan di beberapa laman web terkemuka.

Terbaru, giliran Slashleak pula untuk mengeluarkan gambar peranti rasmi Samsung ini. Gambar yang tertiris pada kali ini merupakan yang paling jelas pernah dilihat berbanding gambar-gambar sebelum ini. Berikut merupakan antara gambar Samsung Galaxy S8 yang tertiris.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemungkinan Samsung Galaxy S8 bakal memfokuskan laser auto-focus selepas tidak berminat untuk mengikuti trend 2017 dimana menampilkan dual-lens.

Rekabentuk yang nipis dan premium sudah menjadi keutamaan Samsung. Buat anda yang suka dengan home button, kemungkinan Samsung Galaxy S7 antara smartphone flagship terakhir keluaran Samsung yang bakal menyertakannya.

Mungkin kerana terlalu banyak rekabentuk rasmi Samsung Galaxy S8 yang dikeluarkan lebih awal, beberapa ‘pihak’ telah berjaya menghasilkan smartphone ini versi ‘klon’ dimana menampilkan rekabentuk yang hampir sama seperti yang model aslinya. Seperti yang anda boleh jangkakan, pengeluar smartphone ‘klon’ ini adalah dari China.

Meskipun, spesifikasi yang disertakan pastinya berbeza, hal ini sudah cukup serius menandakan lebih banyak smartphone yang terdedah kepada umum sebelum hari pelancaran.

Jika sebelum ini, para pengguna hanya diberikan sekadar bayangan rekabentuk, kini smartphone ‘klon’ mungkin bakal menjadi trend terbaru di dalam industri.

Baca lagi: Samsung Galaxy S8 Pertama Kali Didedahkan Sepenuhnya Sebulan Sebelum Pelancaran