5 hari lalu, Amanz melaporkan Lazada kini telah mengintegrasi Taobao dalam laman web Lazada.

Secara teori, ini bermakna, pengguna boleh terus membeli barangan Taobao di Lazada.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh kerana ada yang belum mengenali Taobao, izinkan saya bercerita serba sedikit.

Taobao.com

Taobao.com adalah satu laman web e-commerce berbahasa Cina yang membolehkan pengguna membeli terus dari negara China.

Ianya adalah ‘adik’ kepada laman web Alibaba, dan tidak seperti Alibaba yang fokus kepada pembelian pukal, Taobao fokus kepada pembelian runcit.

Ramai menggunakan Taobao untuk mendapatkan barangan pada harga lebih murah, atau, mendapatkan barang yang tidak ada atau belum tiba di Malaysia.

Satu-satunya pengalaman saya dengan Taobao menyaksikan kos penghantaran lebih mahal daripada barang yang dibeli (haha!).

Sebenarnya saya yakin, boleh jer dapat barang + kos penghantaran yang berpatutan, tetapi sampai sekarang, belum sempat lagi buat eksperimen kedua.

Taobao@Lazada

Apabila berita Taobao sudah ada di Lazada, hati berkata, “Ini sudah baik!”

Sudahlah begitu, kos penghantaran Taobao@Lazada adalah flat rate pada RM7.99. Buat saya lebih tertarik.

Tanggapan pertama – barangan Taobao@Lazada ini lebih kepada produk ringan dan kecil seperti baju, permainan, aksesori telefon dan acuan biskut. Ketika ini sudah rasa lain macam.

Apabila melakukan carian, saya terkilan. “Alamak, ini ke result-nya?”

Keputusan yang jauh panggang dari api.

Produk lebih besar seperti kerusi Eames (banyak dijual di Taobao.com) tidak ada pun di Taobao@Lazada.

Lalu saya beralih melihat barangan lain. Mencari… mencari… apa-apa yang menarik.

Apa saya rasa

Untuk anda yang mencari baju ah moi yang chic, bolehlah cari di Taobao@Lazada. Atau mereka yang ingin buat kuih sempena raya akan datang, bolehlah riki-riki apa yang ada.

Baju ah moi comel-comel belaka.
Seronoklah buat kuih begini.

Buat pengetahuan semua, semua barangan ini datang terus dari China. Anda perlu menunggu 2 ke 3 minggu untuk terima item yang dibeli.

Untuk saya, setelah setengah jam klik klik, saya rasa… “Mehh, mungkin tidak.”

Pilihan barangan yang sedikit dan tiada variasi membantut mood untuk melihat lebih lanjut.

Lazada original lebih menggembirakan saya.

Sekurang-kurangnya, kalau layan flash sales hari ini, dapatlah juga induction cooker ke, mixer ke, atau periuk tefal ke.

(Best juga flash sales hari ini. Jangan lupa berada di depan laptop pukul 12 tengah hari dan 9 malam ini. Dapatkan di sini.)

Tetapi, akan datang, jika Taobao@Lazada menambah pilihan barangan (yang mana saya percaya mereka akan buat), saya mungkin tidak ragu-ragu untuk membeli belah di Taobao@Lazada.

Taobao@Lazada masih baby, kita bagi masa.