Teknologi kecerdasan buatan (AI) pada saban tahun telah bertambah kebolehannya yang mana boleh bantu memudahkan urusan seharian manusia. Siapa sangka suatu hari nanti pesawat tempur yang boleh dikawal dengan AI seperti di dalam filem fiksyen benar-benar terjadi di dalam realiti?

Terbaharu, sebuah pesawat tempur F-16 dilaporkan telah berjaya dikendalikan oleh kecerdasan buatan selama 17 jam. DARPA mengumumkan kejayaan program VISTA (Variable In-flight Simulation Test Aircraft) dengan pesawat yang dibangunkan oleh Lockheed Martin Skunk Works.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Lockheed Martin

Ini juga merupakan kali pertama sebuah AI menerbangkan sebuah pesawat tempur di dalam sejarah. Di bawah program VISTA, pesawat F-16D Block 30 Marble II telah dikemaskini dengan peralatan elektronik dari Block 40.

Pesawat ini diberikan nama baharu VISTA X-62A kerana sistem swaterbang dan eksperimen yang digunakan. Ini juga merupakan sebuah lagi projek DARPA dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) untuk membangunkan pesawat tempur swaterbang untuk kegunaan masa hadapan.

VISTA saat ini sedang menjalani beberapa siri pemeriksaan rutin dan akan meneruskan ujian penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Edwards sepanjang tahun 2023.

Selain VISTA, USAF turut mempunyai program Skyborg bagi membangunkan dron yang berfungsi secara berkumpulan dengan kemampuan berkerjasama dengan pesawat tempur yang diterbangkan oleh manusia.