Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita bukan warganegara tidak memakai pelitup muka dan telah dikenakan denda sebanyak RM3,000.

Hal tersebut mendapat perhatian ramai dan ada netizen menzahirkan rasa tidak puas hati kerana nilai yang dikenakan dilihat ‘sedikit’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mana tidaknya, ada individu yang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 sebelum ini kerana meletakkan pelitup muka di dagu.

Lantaran itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan berkait kompaun RM10,000 ke atas individu yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Menurutnya, kompaun RM10,000 atas kesalahan memakai pelitup muka di dagu yang dikeluarkan pada 12 Mac lalu selaras dengan ketetapan Ordinan Darurat ketika itu iaitu maksimum RM10,000 untuk kesalahan individu dan RM50,000 untuk organisasi.

Selepas rakyat merasakan nilai kompaun tidak munasabah dan terlalu tinggi, maka Ordinan Darurat dirungkai. Kini, nilai kompaun akan kembali kepada maksimum RM1,000 bagi kesalahan individu dan perbadanan.

Bagi anda yang terlepas berkaitan wanita bukan warganegara yang degil tidak mahu memakai pelitup muka itu boleh klik pada pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Minah Saleh Ini Berang Kerana Dihalang Masuk Butik Mewah Tanpa Pelitup Muka Di KLCC

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Tular Tidak Pakai Pelitup Muka Di Butik Dior, Minah Saleh Ini Telah Dikompaun RM3,000