Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebuah drama popular bertajuk Kau VS Aku yang diinspirasikan dari webnovel Wattpad tulisan Nurul Husnina Binti Mockthar yang telah ditayangkan di platform penstriman Sooka pada 19 Ogos lalu kini ditayangkan di slot Megadrama Astro Ria 104.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @designer_lawo telah berkongsi sebuah video menunjukkan sebuah adegan dalam drama tersebut yang ditayangkan di TV. Menerusi video tersebut, adegan itu menunjukkan adegan melampau seperti berpelukan dan ia dilihat tidak sesuai untuk tayangan di TV.

@designer_lawo

Tngah duk lepak2 dgn family, bukak tv sb mcm dh lama tak tgok tv. Bukak2 tertgok citer ni. Rasenya kisah budak sekolah kan. Tp kenapa cmni penyampaiannya?

♬ Kamu nanyeakkk – Template Trending

Menurutnya, adegan tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi golongan remaja dan mereka akan terikut-ikut budaya yang ditonjolkan dalam drama terbabit. Malah, dia juga terkejut bagaimana drama itu boleh ditayangkan di TV.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga persoalkan bagaimana drama terbabit boleh ditayangkan di kaca TV.

Akan tetapi ada juga netizen mengatakan bahawa adegan terbabit sebenarnya telah berlaku ketika ini dan itulah ‘norma’ segelintir anak muda bersosial saat ini. Malah, para netizen turut bimbang dengan generasi anak muda sekarang jika mereka terlalu bersosial mengikut budaya Barat.