Sebelum ini, tular gambar terkini di hadapan taman tema  Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak selepas ia tamat beroperasi secara rasmi pada Januari tahun 2020.

Untuk pengetahuan anda, taman tema tersebut ditutup kerana mengalami kerugian yang tidak dapat dibendung. Terbaharu, sebuah video yang memaparkan keadaan terkini dalam taman tema MAPS telah tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat kawasan tersebut tidak terurus tetapi permainan yang ada kelihatan masih lagi dalam keadaan baik. Penularan video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan MAPS Ipoh.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berkongsi pengalaman dan keadaan MAPS Ipoh sebelum ia tutup operasi dimana meriah serta penuh dengan permainan menarik.

https://twitter.com/Valiantking93/status/1526221282442084352

Malah, para netizen berpendapat bahawa taman tema ini memiliki potensi dan ia satu pembaziran apabila taman tema ini ditutup begitu sahaja kerana ia boleh bersaing dengan banyak taman tema yang ada.

Ada juga netizen yang bergurau mengatakan tidak lama lagi akan ada ahli silap mata duduk di taman tema ini seperti dalam drama Korea iaitu The Sound of Magic.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan keadaan MAPS pada tahun lepas. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih

Sudah Dibuka Kembali, Tasik Cermin Tawarkan Keunikan Terbaru Buat Pengunjung