Jony Ive akan kembali ke jawatan asalnya iaitu ketua pasukan rekaan Apple dan melapor terus kepada CEO Tim Cook. Ive mula mengetuai pasukan rekaan Apple pada 1996 dan bertanggungjawab terhadap beberapa rekaan ikonik syarikat itu seperti iMac 1998, iPod pertama pada 2001, iPad pada 2010 dan terbaru Apple Watch.

Pada 2015, Ive menjadi Chief Design Officer untuk memfokuskan kepada pembangunan ibu pejabat Apple Park di Cupertino, California. Jurucakap Apple berkata, dengan siapnya Apple Park, pasukan rekaan produk di Apple akan melapor di bawah Jony Ive yang akan kembali fokus sepenuhnya pada rekaan produk Apple.

Mungkin dengan kembalinya Jony Ive mengetuai bahagian rekaan produk Apple kita akan melihat rekaan iPhone yang lebih menarik pada tahun hadapan. Sama sama kita nantikan. Dalam berita lain Apple telah mengeluarkan senarai aplikasi, filem dan lagu paling popular di iTunes.