Sonya Romero, seorang guru tadika dari Lew Wallace Elementary School, Albuquerque, New Mexico, mendapat tempat yang begitu istimewa di hati anak-anak didiknya. Telah berkhidmat selama 20 tahun, seorang yang berperwatakan menarik, komited serta dedikasi. Sejam pertama beliau akan memastikan semua pelajar-pelajarnya berada dalam situasi yang bersedia untuk menerima input yang bakal diberi.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Selain mengajar, beliau berperanan seolah-olah seperti seorang ibu yang memastikan semua yang terbaik untuk anak-anak didiknya. 75 peratus pelajar di situ bergantung kepada makanan percuma atau lebih murah dari harga biasa, juga pakaian yang bersih. Sikapnya yang prihatin sentiasa memastikan keperluan asas pelajar-pelajarnya tersedia. Terkejut dengan perhatian yang diberikan oleh Ellen DeGeneres dan seluruh warga Lew Wallace Elementary School, Sonya tidak mampu menahan perasaan sebaknya. Beliau berjaya meraih $10,000 untuk sekolahnya, manakala $10,000 lagi untuk diri dan anak lelakinya kerana dedikasi sebagai seorang pendidik.

Kami pasti ramai susuk seperti Sonya Romero di negara kita yang tidak didendangkan. Bagi kami kalian sangat memberi inspirasi.

BACA LAGI: Guru Ini Perlu Mengajar Seorang Anak Autisma. Apa Yang Dia Temui Selepas Itu Speechless

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka