Semasa tahun 2011, Nike Air Mag, kasut yang dipakai oleh Marty McFly dalam filem Back to the Future II dikeluarkan untuk peminat-peminat. Namun kasut yang dipasarkan tidak seperti dalam filem, apabila tidak mempunyai tali yang boleh diikat sendiri (power laces).

Nike berjanji kasut dengan power laces akan hadir pada tahun 2015 dan hari ini mereka telah memperkenalkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kasut tersebut, Nike Air Mags kelihatan sama seperti yang dikeluarkan pada tahun 2011, tapi yang membezakannya ialah kuasa mekanisme yang secara automatik akan mengetatkan tali kasut apabila si pemakai memasukkan kaki. Memang futuristik.

Melalui pengumuman Nike itu juga, kasut ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti terhad dan unit pertama akan dijual melalui lelongan amal dan hasilnya akan disumbangkan ke Michael J.Fox Foundation Parkinson Reasearch.

1484262800986865835

Kemungkinan besar kasut ini akan menjadi versi pertama untuk inovasi “smart shoe”.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram