Back to The Future, satu trilogi filem yang bermula pada tahun 1985, dan kemudian disambung dengan Back to The Future II pada tahun 1989. Dalam Back to The Future II, Marty McFly dan saintis gila, Dr Emmett Brown melawat masa hadapan, iaitu pada tarikh hari ini.

21 Oktober 2015.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Walaupun tidak banyak kemajuan dilihat dalam pembuatan kereta terbang, tetapi terdapat beberapa ramalan Back to The Future II menjadi kenyataan.

Berikut adalah 10 ciptaan yang diramalkan oleh Back to The Future II yang kini ada dijual di pasaran.

  1. Hoverboard
Hendo Hoverboard

Hendo Hoverboard

Sebuah syarikat startup bernama Arx Parx telah berjaya mencipta sebuah hoverboard yang dinamakan Hendo. Pemain skateboard profesional, Tony Hawk telahpun mencuba papan terbang ini yang berharga USD $10,000. Lexus juga telah mencipta hoverboard melalui teknologi berbeza yang menggunakan superkonduktor. Malangnya, kedua-dua jenis hoverboard ini hanya boleh digunakan di atas permukaan konduktif, jadi anda belum boleh menggunakannya untuk lari daripada pembuli. Dan kalau anda mahu hoverboard warna merah jambu seperti dalam filem Back to The Future II, boleh tengok ini.

2. Teknologi pembayaran wayarles

Monica Davey—EPA/Newscom

Monica Davey—EPA/Newscom

Penonton boleh melihat kelibat peranti elektronik tanpa wayar dalam filem itu, ketika Terry yang telah tua meminta Marty menderma sebanyak $100 secara elektronik – yang menyamai hanya beberapa dolar berbanding nilai pada tahun 1985, setelah ditambah faktor inflasi – untuk menyelamatkan menara jam bersejarah di bandar ini .

Bagusnya, inflasi sebenar tidaklah seteruk yang digambarkan. Tetapi teknologi mudah alih telah pun menepati dan melepasi ramalan peranti bayaran seperti yang digambarkan dalam filem itu.

Ramalan filem itu yang menggambarkan peranti wayarles boleh digunakan untuk pembayaran (dalam teksi, sebagai contoh) adalah tepat, dan dalam dekad yang lalu kita telah melihat kemunculan beberapa aplikasi telefon pintar seperti Venmo, Apple Pay, dan Square, yang menjadikannya perpindahan tunai secara elektronik menjadi lebih mudah. Terdapat juga teknologi pembayaran wayarles yang menggunakan pengecaman cap jari, sama seperti apa yang digambarkan dalam filem.

3. Peranti biometrik

Justin Sullivan—Getty Images

Justin Sullivan—Getty Images

Pengimbas cap jari digunakan sepanjang filem itu, tetapi satu babak utama menyaksikan isteri Marty, Jennifer menggunakan cap ibu jari beliau untuk membuka pintu rumahnya pada tahun 2015.

Ya, dan hari ini kita dapat melihat terdapatnya teknologi pengimbas cap jari dan pengecaman biometrik lain, seperti yang digunakan di iPhone, di bank-bank, dan terdapat juga teknologi yang boleh membuka pintu rumah anda hanya dengan menggunakan cap jari.

4. Konsol permainan hands-free

Oliver Berg—dpa picture alliance archive/Ala

Oliver Berg—dpa picture alliance archive/Ala

Dalam satu adegan yang sukar dilupakan, pada tahun 2015 dalam filem itu, di sebuah kafe dengan tema nostalgia bernama Cafe ’80s, dua orang kanak-kanak lelaki terkejut apabila mereka melihat Marty bermain permainan arked. “Kena main game menggunakan tangan?” Salah seorang kanak-kanak lelaki itu bertanya. “Macam permainan bayi!” Seorang lagi menyampuk.

Walaupun masih terdapat banyak permainan video yang memerlukan penggunaan tangan, kini, sudah lima tahun sejak Microsoft melancarkan Xbox Kinect, yang membolehkan pemain mengawal tindakan pada skrin menggunakan suara dan gerak isyarat. Nintendo Wii dan Playstation Move juga membenarkan gamer bermain hanya dengan gerakan badan.

Dengan teknologi yang ada sekarang, tidak lama lagi, kita boleh guna telefon bimbit tanpa swipe, dan buat kerja tanpa menggunakan tangan. Serius!

5. Pakaian pintar dan teknologi wearable

Nike

Nike

Dalam filem itu, Marty memakai kasut auto yang boleh ikat-sendiri serta jaket auto yang boleh kering-sendiri dan berubah saiz – dan kedua-dua teknologi ini masih belum wujud sehingga kini. Akan tetapi, terdapat khabar angin mengatakan Nike merancang untuk melancarkan kasut “auto-lacing” (ikat-sendiri) pada tahun ini. Kalau anda tak boleh tunggu, anda boleh beli kasut “2011 light-up Nike Mags” edisi terhad, seperti dalam gambar, di eBay. Cuma, jangan harapkan kasut ini mempunyai teknologi auto-lacing, kerana ini hanyalah replika yang ingin meniru kasut Marty dalam BTTF.

Teknologi wearable yang wujud atau sedang dibangunkan kini ialah jam fitness tracker seperti Fitbit, “smart shirts” yang boleh mengesan corak pernafasan, kadar jantung, dan corak tidur pemakai, dan baju bayi onesies yang turut berfungsi sebagai monitor bayi. Ciptaan lain yang bakal buat ramai orang gembira adalah seperti baju kalis-kotor dan kasut tumit tinggi yang boleh berubah warna dengan hanya satu klik pada aplikasi telefon bimbit.

Dan, kalau anda tak mahu makan terlampau banyak, anda boleh cuba tali pinggang smart ini.

6. Telefon Video

Essdras M. Suarez—The Boston Globe via Getty Image

Essdras M. Suarez—The Boston Globe via Getty Image

Marty dipecat dalam sidang telefon video di Back to the Future II. Realitinya, teknologi ini kini wujud secara meluas. Skype, Apple FaceTime, malah Facebook pun mempunyai keupayaan telefon video.

Apa yang pasti, tidak seperti yang digambarkan oleh filem ini, mesin faks dan telefon rumah, realitinya, semakin mati.

7. Kereta yang dijana dengan kuasa sampah

Toyota Mirai

Toyota Mirai

Ya betul, kita masih belum ada teknologi yang membenarkan sampah terus diproses menjadi tenaga seperti yang kita lihat dalam teknologi enjin fusion untuk menjana fluks kapasitor dalam kereta DeLorean Doc Brown dalam BTTF II.

Tetapi kita menyaksikan Toyota mula memperkenalkan kereta berkuasa hidrogennya yang baru – dengan kempen iklan yang menampilkan pelakon BTTF II, Michael J. Fox dan Christopher Lloyd.

Kereta berkuasa hidrogen dipuji sebagai mesra alam kerana mereka menukar hidrogen dan oksigen kepada elektrik, dan  wap air sebagai hasil sampingan. Selain itu, saintis masih bereksperimen dengan tenaga solar dan angin. Semoga dengan kajian tentang tenaga alternatif ini, akhirnya kita dapat menggunakan sumber tenaga yang lebih bersih dan lebih lestari kepada alam sekeliling.

8. Drone

Gabriel Rossi- LatinContent/GettyImages

Gabriel Rossi- LatinContent/GettyImages

Dalam BTTF II tahun 2015, drone digunakan untuk segala-galanya, daripada membawa anjing berjalan sehinggalah menangkap gambar untuk syarikat berita.

Kenyataannya, walaupun orang masih membawa anjing berjalan dengan cara lama, drone yang menjadi semakin murah telah membantu manusia zaman kini, mengambil video di tempat yang menakutkan, berlumba, menghantar barangan, dan main bola sepak.

9. Cermin mata pintar

Paul Chiasson—The Canadian Press/AP

Paul Chiasson—The Canadian Press/AP

Salah satu ramalan filem itu adalah bagaimana teknologi peribadi akan mengganggu waktu makan malan. Dalam satu adegan anak-anak Marty dan Jennifer kelihatan leka menonton TV dan berbual dengan rakan-rakan menggunakan cermin mata futuristik.

Macam pernah dengar? Walaupun telefon pintar dan tablet adalah punca kelekaan anak-anak masa kini, teknologi cermin mata pintar menjadi semakin maju dengan pesat. Google pernah memperkenalkan Google Glass, dan Microsoft pula memperkenalkan HoloLens. Agaknya bagaimana masa depan akan jadi apabila teknologi ini mula digunakan secara meluas?

10. Pepsi Perfect

Pepsi—AP Images

Pepsi—AP Images

Ini hanyalah gimik pemasaran, tetapi kami pasti peminat die-hard BTTF akan berusaha mendapatkannya. Dalam ulangtahun trilogi BTTF yang ke-30 Pepsi menjual “Pepsi Perfect” edisi terhad, iaitu minuman ringan pilihan ramai dalam Back to The Future tahun 2015. Harga minuman ini di dalam filem adalah USD $50, tetapi berharga hanya USD $20.15 dalam alam realiti. Anda boleh membuat pesanan secara online.

BACA: Bill Gates Membuat 15 Ramalan Pada Tahun 1999 Dan Ketepatannya ‘Menakutkan’

BACA: 8 Teknologi Yang Akan Mengubah Cara Anda Menjalani Kehidupan Seharian

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka