Pada awal tahun 2020 lalu, Sony telah kejutkan orang ramai apabila mengumumkan syarikat mereka sedia menjadi salah satu pemain di dalam industri kereta elektrik dunia dengan memperkenalkan prototaip model sedan, Sony Vision-S 01.

Semasa atur cara CES 2022 yang berlangsung baru-baru ini, Sony sekali mengejutkan orang ramai apabila memperlihatkan Sony Vision-S 02, sebuah prototaip kereta elektrik segmen SUV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sony Vision-S 02 mempunyai rekaan yang sama seperti model prototaip yang diperkenalkan pada dua tahun lalu, tetapi ‘dibesarkan’ saiznya yang mampu membawa tujuh orang pada satu-satu masa, sama seperti model Tesla Model X.

Model SUV ini dikuasakan dengan dua elektrik motor 200kW yang menghasilkan 543hp kepada keempat-empat rodanya. Menurut Sony, model kereta elektrik baharu ini didakwa mampu memecut lebih 180km/j.

Dari segi rekaan luaran, ia mempunyai lampu bar panjang pada bahagian hadapan dan belakang, berwarna dua-tona, pemegang pintu jenis ‘flush pull handles‘, cermin sisi menggunakan kamera dan bumbung panoramik bersaiz penuh.

Sumber Gambar: Sony

Pada bahagian dalaman pula, Sony mengekalkan konsep minimalis dan susun atur yang kemas. SUV EV ini mempunyai tiga paparan skrin utama, dua skrin untuk cermin sisi kiri dan kanan, paparan skrin konsol tengah, dua skrin paparan hiburan serta satu skrin kecil kawalan suhu untuk penumpang tempat duduk belakang.

Lebih canggih lagi, Sony juga meletakkan kamera pada bahagian dalam kabin untuk memantau ekspresi muka dan gerak-geri untuk memahami tahap tumpuan dan keletihan pemandu. Ia juga dapat memberikan maklum balas amaran kepada pemandu dan mengurangkan tahap tekanan keseluruhan bagi penumpang yang ada di dalam kereta.

Sumber Gambar: Sony
Sumber Gambar: Sony

Sony Vision-S 02 juga padat dengan pelbagai jenis teknologi seperti 360 Reality Audio untuk mewujudkan bunyi persekitaran sekeliling di dalam kabin, rangkaian 5G untuk kemas kini perisian secara over-the-air, pilihan ‘bunyi enjin’ sintetik dan boleh bermain PlayStation dengan fungsi Remote Play di dalam SUV ini.

Dalam atur cara yang sama juga, Sony mendedahkan bahawa satu syarikat baharu, ‘Sony Mobility Inc’ bakal mula beroperasi pada sekitar musim bunga 2022 nanti. Syarikat tersebut akan fokus ‘mempersiapkan diri’ serta meneroka peluang untuk masuk ke pasaran EV dunia.

*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara di VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram.

Klik pautan di bawah untuk baca info lanjut mengenai model prototaip pertama kereta elektrik Sony yang diperkenalkan pada awal tahun 2020 lalu.

Sony Kejutkan Ramai Dengan Menyertai Industri Kereta Elektrik

Konsol Paling ‘Rare’ Di Dunia, Nintendo PlayStation Dibida Dengan Harga RM1.5 Juta

Sumber