Sudah tiba musim dimana beberapa telefon pintar yang bakal dikeluarkan pada Q3 2016 diumumkan. Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai Samsung Galaxy Note 7 dan iPhone 7. Dan pada kali ini tiba giliran untuk spesifikasi HTC Nexus 2016.

Untuk pengetahuan anda, jenama HTC dipilih sebagai pengeluar telefon pintar keluaran Nexus pada tahun ini. Hadir dengan rekaan yang kemas serta penggunaan yang lancar pada telefon pintar flagship terbaru mereka mungkin membuatkan Google sekali lagi memberi kepercayaan buat HTC hasilkan telefon pintar Nexus terbaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

besttest-final0011google-nexus-9

HTC yanng sebelum ini pernah menghasilkan dua peranti Nexus iaitu HTC Nexus 9 dan HTC Nexus One. Adakah HTC mampu memberikan kepuasan kepada pengguna Nexus pada peranti keluaran ketiga ini? Sama-sama kita nantikan.

Berikut merupakan spesifikasi tertiris buat Nexus 2016 keluaran HTC

  • Dihasilkan oleh HTC
  • 5″ paparan 1080p (~440PPI)
  • Cip pemprosesan empat teras 2.0GHz 64-bit
  • 4GB RAM
  • Bateri 2770mAh
  • Storan 32GB
  • Kamera utama 12MP beserta 8MP dibahagian hadapan
  • Pengimbas cap jari
  • USB-C port
  • Bluetooth 4.2

Berdasarkan kajian daripada beberapa laman web, kami boleh sahkan spesifikasi tertiris ini kemungkinan besar adalah benar dan boleh dikatakan agak realistik.

Syukur, Google nampaknya masih mahu mengekalkan penggunaan 3.5mm headphone jack. Berita baik buat semua pengguna telefon pintar. Sebelum ini beberapa ura-ura hangat membincangkan Google juga bakal mengikut jejak langkah iPhone terbaru yang bakal hadir tanpa sebarang headphone jack.

Saiz yang diumumkan agak kompak berbanding model Nexus sebelum ini. Namun saya masih mengharapkan Google bakal mengeluarkan dua telefon Nexus seperti mana tahun lepas. Mungkin saiz skrin yang lebih besar lebih sesuai untuk dipilih sebagai flagship phone daripada Google. Tambahan pula, agak drastik untuk Google untuk beralih daripada saiz skrin 5.7-inci kepada 5.0-inci.

Penjualan Nexus 6p yang jauh melebihi Nexus 5x jelas menunjukkan orang ramai lebih gemar dengan saiz skrin lebih besar beserta spesifikasi yang lebih ‘power’.

Setakat ini cuma spesifikasi HTC Nexus yang diberi nama kod ‘sailfish’ yang tertiris. Masih belum terdapat nama model yang spesifik sempena telefon pintar keluaran HTC ini. Google dijangka bakal mengumumkan telefon Nexus terbaru mereka sekitar Oktober 2016 ini.

Sumber