Pada Isnin baru-baru ini, syarikat kopi gergasi dunia, Starbucks mengumumkan bahawa jenama tersebut akan meninggalkan pasaran Rusia selepas 15 tahun beroperasi di negara yang sedang dilanda krisis ketika ini.

Starbucks mempunyai 130 lokasi yang dikendalikan oleh pemegang lesennya di negara itu, ‘Alshaya Group’. Perniagaan di negara tersebut menyumbang kurang daripada 1% daripada hasil tahunan syarikat. Dalam keputusan suku tahunan terbaru yang dikeluarkan pada awal Mei, syarikat itu tidak mendedahkan kesan kewangan daripada penggantungan operasi perniagaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Kevin Johnson telah berjanji untuk menderma royalti daripada perniagaan di Rusia untuk tujuan kemanusiaan.

Sumber Gambar: Reuters

Starbucks berkata ia akan membayar hampir 2,000 pekerja Rusianya selama enam bulan dan membantu mereka beralih kepada peluang baharu di luar rangkaian kopi.

Pengguna dan pelabur telah menekan syarikat-syarikat Barat seperti Starbucks untuk memutuskan hubungan dengan Rusia untuk menunjukkan protes. Oleh kerana penghantaran semua produk Starbucks tertangguh, ia menyebabkan kafe terpaksa ditutup sementara.

Syarikat kopi ternama itu akan keluar daripada pasaran Rusia mengikut jejak langkah beberapa syarikat gergasi Barat lain seperti McDonald’s, Exxon Mobil dan British American Tobacco.

Untuk makluman, perjalanan untuk membuka kafe pertama Starbucks di Rusia agak getir, hanya selepas dua tahun pada 2005 ia memenangi kes undang-undang untuk melindungi hak ke atas jenamanya dalam pasaran Rusia yang berkembang pesat ketika itu.

Kafe pertama Starbucks dibuka dalam pusat beli belah mega di Khimki, di utara Moscow.

Rangkaian makanan segera McDonald’s pula terpaksa menutup 850 restorannya dan 62,000 pekerja tempatan terus dibayar sehingga mereka boleh mendapatkan pekerjaan dengan pemilik baharu.

Selepas 32 Tahun Beroperasi, McDonald’s Mahu Jual Seluruh Perniagaannya Di Rusia

‘Macam Dalam Makmal’- Pekerja Starbucks China Pakai Sut Hazmat Raih Perhatian Netizen

Tular Isu Boikot, Lelaki Ini Jelaskan Dakwaan Starbucks Dan McDonald’s Di Malaysia Menyokong Zionis

Sumber