Hermo, start-up Malaysia yang mengetengahkan e-dagang dalam niche kecantikan ditunjangi tiga orang pengasas bersama iaitu CEO Ian Chua, COO Ian Mok dan Timbalan Presiden Barang Dagangan P.S. Chong.

Mereka bertiga memulakan Hermo kerana percaya operasi bisnes peruncitan atas talian di rantau Asia Tenggara ini akan berkembang maju dengan e-dagang. Maka, Hermo ditubuhkan pada Februari 2012 dengan dana sebanyak RM450,000 daripada Crystal Horse Investments (Singapura) dan pelabur Malaysia, Tan Swee Yeong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Bagaimana Memulakan Bisnes Gaya Start-Up

Fokus Hermo adalah menjual produk kecantikan premium tetapi mampu milik untuk para wanita. Ia menampilkan pelbagai jenama antarabangsa, terutama Asia, dan bekerjasama terus dengan pemilik jenama dan pengedar.

Dana Siri A Bernilai US$2 Juta

Baru-baru ini Hermo telah mengumumkan penerimaan sekali gus US$2 juta dana Siri A dari Gobi Partners.

Sebahagian wang dana itu akan digunakan untuk memperluaskan pasaran baru di luar Malaysia dan negara jiran, Singapura. Hermo mahu memasuki pasaran Indonesia dalam masa terdekat ini. Maka, dana akan turut digunakan untuk pembangunan produk dan pengambilan pekerja.

Baca: Bagaimana Syarikat T-Shirt Ini Mengkayakan Pelanggan

“Akhirnya kami melihat diri kami akan menjadi dominan di Asia Tenggara,” kata Chua.

“Kami akan mempunyai operasi utama dalam beberapa buah negara menjelang akhir tahun nanti – Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Kami (Hermo) sekarang merupakan laman web e-dagang kosmetik yang antara terkenal di Malaysia dan kami mempertimbangkan untuk mengulang keputusan yang baik ini di dalam pasaran lain,” ujarnya lagi.

“Internet, terutamanya mudah alih, adalah pembangunan pesat yang berterusan. Kami sekarang memperoleh hampir separuh pesanan daripada laman web mudah alih kami. Asia Tenggara adalah tempat yang sesuai untuk memulakan industri dengan mudah alih dan kami berada di kedudukan yang baik untuk merebut trend ini,” kata Chua.

Pesaing Hermo

Luxola yang telah dimiliki oleh peruncitan kosmetik gergasi Sephora pada tahun lepas mempunyai perkhidmatan menghantar barangan mereka ke 9 buah negara, termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Filipina merupakan pesaing Hermo.

Kedua-dua platform e-dagang ini menjual produk kecantikan premium tetapi fokus mereka berbeza di mana Luxola lebih kepada produk jenama barat dan Hermo jenama asia. Selain Luxola, Hermo turut berdepan dengan pesaing e-dagang lain seperti Lazada.

Baca: 5 Nasihat Bisnes Daripada Pengasas Start Up Breathometer

Hermo Dan Produk Buatan Korea

Hermo menjual lebih 3,000 produk dan mempunyai lebih 150,000 pengguna aktif setiap bulan. Pendapatan Hermo dari Oktober 2014 hingga September 2015 telah mencecah RM10 juta, ia tiga kali ganda pertumbuhan dari tahun ke tahun.

Pertumbuhan Hermo yang cemerlang ini turut didorong dengan penjualan produk-produk kosmetik terlaris dari Korea Selatan yang merupakan negara nombor satu di Asia dalam nilai pengeksportan produk kosmetik dan nombor lima di peringkat global selepas Perancis, US, Jerman dan UK. Tetapi Hermo tidak fokus hanya kepada produk Korea sahaja.

“Kami tidak memberi tumpuan kepada satu negara tertentu sahaja sebagai sumber produk kami, sebaliknya sasaran kami adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami. Buat masa ini, produk kosmetik dan produk penjagaan kulit Korea yang paling popular di Malaysia. Kita berpegang teguh kepada penawaran dan permintaan. Semua itu adalah tentang memahami keperluan pengguna dan mencari jalan untuk memenuhi keperluan tersebut, dan saya fikir kita melakukan kerja yang cukup baik untuk memastikan pelanggan kami telah mendapat barang yang mereka mahu tanpa mengira negara asal produk,” terang Ian.

Baca: Bagaimana Pengasas Tidak Dapat Apa-apa Walaupun Start Up Bernilai US$50 Juta Telah Dijual

Pengalaman Kumpulan Dalam Operasi E-Dagang

Hermo akan meneruskan kerjasama yang baik dengan syarikat penghantaran bagi kelancaran produk dihantar kepada para pelanggan. Di samping itu, Hermo juga akan menumpukan setiap pasaran di sesebuah negara dan mengambil kira tentang bahasa dan peraturan negara tersebut bagi mengukuhkan perkembangan Hermo di masa akan datang.

Selain itu, data-data yang selama ini dikumpul oleh Hermo membantu mereka menjangkakan apakah yang diperlukan oleh pelanggan dan corak tingkah laku pembelian. Data-data ini akan membuatkan Hermo boleh mengoptimakan tawaran produk di masa hadapan kelak.

“Kita boleh memilih item berdasarkan permintaan sebenar, dan menawarkan tawaran pada masa-masa optimum pada item yang pengguna paling inginkan. Data yang besar membantu kami memperbaiki cadangan peribadi untuk pengguna, yang akhirnya akan menyebabkan peningkatan dalam jualan dan penambahbaikan dalam penglibatan pelanggan,” jelas Ian.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram