Pada awal bulan Januari lalu, sudah mula tular beberapa gambar spyshot menunjukkan ruangan dalam kabin kereta R3 Limited Edition dengan menggunakan kombinasi warna hitam dan kuning.

Terbaru, beberapa keping gambar tular di kalangan peminat kereta tempatan di mana Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition ini sudah kelihatan menaiki treler menuju ke suatu lokasi.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →
vocket-kereta-proton-edisi-r3-2

Sumber Gambar: Funtasticko.net

vocket-kereta-proton-edisi-r3-1

Sumber Gambar: Funtasticko.net

Jika dilihat pada gambar-gambar yang telah dikongsikan, kita dapat lihat terdapat satu pelekat berwarna kuning dan kelabu ditampal sepanjang bahagian sisi kereta.

Pada bahagian belakang kereta pula, terdapat lencana R3 berwarna kuning di kanan belakang kereta Proton Saga manakala Proton Iriz pula mempunyai spoiler yang dicat dengan warna kuning.

Kombinasi warna hitam dan kuning ini mengingatkan kita semula kepada Proton Saga 35th Anniversary Edition yang dilancarkan pada Julai tahun lalu.

vocket-kereta-proton-edisi-r3-4-1

Sumber Gambar: Careta

vocket-kereta-proton-edisi-r3-iriz-tayar

Sumber Gambar: Carousell

Antara perubahan luaran lain yang telah dibuat ialah Proton Iriz menggunakan tayar bersaiz besar dan reka bentuk rim yang sama pada Satria Neo CPS dan penutup cermin sisi kereta berwarna kuning.

Masih belum ada bayangan dari pihak Proton bilakah tarikh pelancaran model kereta R3 Limited Edition ini. Tapi sudah pasti peminat-peminat kereta R3 Edition tidak sabar untuk tahu spesifikasi penuh kereta varian ‘racing’ dari Proton.

Pada awal bulan Januari lalu, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan ruangan dalam kabin kereta R3 Limited Edition.

3 Model Proton Edisi R3 Bakal Dilancarkan Tahun Ini?

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Proton Saga Masuk Pasaran Nepal, Dijual Pada Harga Bermula RM122,700

Anda Mungkin Suka