Selepas kejayaan Turbocharge.Live 2021 pada Oktober tahun lalu, Brand Geeks Inc kembali tahun ini untuk Supercharge Lab Turbocharge.Live 2022, Marketing Tech, Future Forward yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022.

Edisi tahun ini akan berlangsung selama dua hari yang padat dengan Keynote Speeches, Panel Sessions dan Masterclasses. Persidangan ini dijangka akan jadi lebih meriah dengan penyertaan para wakil pemasaran dari negara luar dan seberang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Persidangan ini akan berlangsung secara virtual menerusi Airmeet untuk tahun ini dan akan didahului dengan satu majlis makan malam buat para speaker dan penaja yang dihoskan Supercharge Lab, Inc, USA pada 5 Oktober 2022 di Kuala Lumpur.

CEO Supercharge Lab Inc, Anne Cheng berkata, “Kami melihat Asia Tenggara sebagai satu pasaran penting dan memuncak selepas pandemik. Ia berjaya dicapai menerusi kepantasan mengaplikasikan teknologi pemasaran dalam bisnes segala saiz.

“Menjadi sebahagian penting dalam persidangan ini membolehkan Superchage Lab mengukuhkan platform di pasaran Asia Tenggara dan memperkenalkan game-changing AI-powered marketing tech solution kami kepada semua. Kami sangat teruja untuk Turbocharge.Live 2022!”

Marketing Tech, Future Forward

Tema ini dipilih untuk tahun ini bagi menginspirasikan bisnes dan jenama untuk lebih optimistik terhadap masa depan mereka.

“Dengan memperkenalkan stream Business-to-business (B2B) dan Business-to-Consumer (B2C) untuk persidangan tahun ini, kami berharap ia dapat memberi fokus terhadap solusi pemasaran kepada target audience para hadirin yang hadir. Solusi ini bukan sahaja relevant tetapi sangat penting untuk perkembangan bisnes mereka di masa depan,” kata Manisah Sarujee, Conference Director dan Geek-in-Command untuk Brand Geeks Inc.

Mengumpul Individu dan jenama hebat dari seluruh ASEAN

Beberapa penaja, penyelesai teknologi pemasaran dan rakan niaga kembali antaranya Dattel Asia Group (Platinum Marketing Tech Sponsor), Evenesis (Event Tech Partner & Gold Marketing Tech Sponsor), PubliCT.io (Event Partner & Gold Marketing Tech Sponsor) dan juga UOB, StratNaviGo, Binapavo serta Beta Foundation sebagai SME & Tech Partners.

Supercharge Lab Turbocharge.Live 2022 turut mengucapkan selamat datang buat rakan niaga baharu Supercharge Lab Inc (Title & Corporate Platinum Sponsor), REV Media Group (Corporate Media Sponsor), Qwork (Gold Corporate Sponsor) dan Medkad (Silver Corporate Sponsor) dan juga SME & Tech Partners berikut: E3Hub (Malaysia & Indonesia), Rawspark (Singapore), Mavensonline (Brunei Darussalam) and Soldoutt (Thailand).

Speaker dari tahun 2021 juga turut kembali antaranya Ashran Dato’ Ghazi (Dattel Asia), Yusno Yunos (Evenesis), Manminder Khaur (PubliCT.io), William Heng (UOB), Fariz Hanapiah (EDT) dan beberapa lagi.

Tambahan Keynote Speaker daripada Mike Allton (USA) yang akan berbicara tentang marketing tech sedia ada dan masa depan yang dibantu AI. Beberapa speaker baharu turut akan memeriahkan persidangan ini antaranya Anne Cheng (Supercharge Lab Inc, Singapore), Ellza Malok (Blue Monarch Group, USA), Caspar Francis (Rawspark, Singapore), Chai Li Goh (Mavensonline, Brunei Darussalam), Dato’ Beatrice Nirmala (IBR Asia, Malaysia), Yuhwen Foong (Sushivid, Malaysia) and ramai lagi.

Kesemua speaker akan berkongsikan pengalaman serta kepakaran mereka dalam menyelesaikan pelbagai isu berkenaan teknologi pemasaran; daripada memahami pelanggan sehinggalah perbincangan tentang omni-channel marketing serta metaverse.

Untuk butiran selanjutnya tentang Supercharge Lab Turbocharge.Live 2022 serta sebarang pertanyaan tiket menyertai persidangan ini boleh didapati di sini.