Jika Birkenstock tidak menyukai cara Supreme berniaga, begitu juga dengan syarikat peladangan ini. Supreme baharu sahaja melancarkan koleksi terbaru mereka minggu ini dan salah satu rekaan topi yang dilancarkan Supreme sangat serupa dengan logo Farmland Food.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Farmland Food menerusi laman Twitter bertanya kepada Supreme mengapa salah satu rekaan pada koleksi mereka hampir sama dengan logo Farmland Food? Mereka juga tidak mengetahui bahawa Supreme akan mengeluarkan rekaan yang hampir sama dengan logo mereka sehinggalah ianya berada di pasaran.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1959 (khas dalam membela dan menghasilkan produk makanan daripada khinzir) ini tidak berkecil hati dengan tindakan Supreme dan berkata mereka akan melancarkan produk pakaian dengan logo Farmland Food dalam masa terdekat. Jadi siapa yang terlepas membeli di Supreme, boleh membeli versi Farmland Food.

Kami rasa ianya win win situation untuk kedua pihak. Supreme dapat rekaan, dan Farmland dapat publisiti serta mengembangkan perniagaan kepada merchandise pula. Mungkin ini strategi pemasaran untuk kedua-dua pihak? Mereka sahaja yang tahu