Kini, rakyat Malaysia makin gemar membeli barangan secara atas talian disebabkan harganya yang murah dan sesuai dengan keadaan ketika ini dimana lebih selamat tidak berjumpa dengan orang ramai di luar.

Oleh itu, perkhidmatan penghantaran sudah makin meluas dan adakah anda pernah melalui situasi dimana pekerja syarikat penghantaran tidak meletakkan barangan anda dengan baik? Terbaharu, sebuah video di TikTok memaparkan pekerja J&T meletakkan parcel pelanggan dengan baik dan tersusun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@ismazlkha_

Dia sorang je ke gini 😡☕️#foryoupage #fypシ #foryou #shopeecheck #delivery #malaysia #fypdongggggggg #trending #vampireoc

♬ original sound – Sarah Cothran

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pekerja J&T itu memegang barangan dengan cermat dan meletakkan ia secara berhemah agar ia tida terjatuh walaupun barang tersebut kecil. Aksi pekerja itu dirakam oleh gadis tersebut dari tingkap rumahnya dan beliau turut berterima kasih kepada lelaki itu kerana ikhlas melakukan kerja.

Untuk pengetahuan anda, gadis tersebut tidak dapat turun ke bawah kerana sedang berada dalam tempoh kuarantin. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pekerja itu yang amanah dan ikhlas bekerja.

photo_2021-08-13_15-51-44

photo_2021-08-13_15-51-49

photo_2021-08-13_15-51-55

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan agar pekerja tersebut dimurahkan rezeki. Malah, ada juga yang berkongsi situasi bagaimana mereka menerima parcel di ruangan komen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M jumlah tontonan, 193.3K likes dan 3,447 komen di TikTok.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen

KFC Malaysia Tawar Kembali Promosi RM20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Mulai 16 Ogos Ini

Tidak Sensitif Buat Konten, Tindakan YouTuber Mahu Kejar ‘Views’ Dikecam Netizen