Kita baru sahaja mendengar berkenaan negara kita bakal menerima pelaburan sebanyak RM30 bilion daripada Intel. Hal ini sekaligus memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara.

Kini Tengku Zafrul berkongsi tentang hasrat syarikat induk Shopee, SEA Limited yang mahu meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Baca Juga:

Sumber Gambar: FB Tengku Zafrul

Dikatakan syarikat SEA Limited bakal meningkatkan pelaburan di Malaysia termasuk membuka pusat perkomputeran awan global di Kulai serta menambah gudang logistik mega di  Bukit Raja Klang.

Lebih 2,000 peluang pekerjaan yang dijangka akan diwujudkan buat rakyat tempatan menerusi pelaburan ini. Beliau juga mengatakan akan sentiasa berusaha untuk menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.