Ini merupakan satu berita yang membanggakan buat rakyat Malaysia apabila Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia dalam Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018. Taiping terpilih bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff, berkata beliau gembira dengan pencapaian itu dan ia adalah kejayaan bersama seluruh komuniti, termasuk agensi terbabit dalam usaha memastikan kelestarian bandar berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot 2019-03-08 at 10.04.29 AM
Sumber: suitcasemag

Malah, bandar Taiping yang bersejarah tersebut menerima anugerah berprestij dan bertaraf dunia tersebut buat pertama kali walaupun pernah menerima beberapa anugerah lain pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Pastinya dengan anugerah yang diterima akan merancakkan lagi industri pelancongan negara kita justeru akan menarik ramai pelancong pada tahun ini dan pastinya pada tahun melawat Malaysia 2020.

Baca lagi: Taiping Diiktiraf Sebagai 100 Destinasi Terbaik Perlancongan Eko Dunia

Sumber