Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini tular isu individu menjual dan membeli sijil vaksin palsu kerana tidak mahu menerima vaksin. Terbaharu, pasangan suami isteri yang juga penjawat awam kantoi telah menggunakan sijil vaksin palsu.

Menurut laporan, pasangan yang bertugas di sebuah jabatan yang sama itu dipercayai membeli sijil vaksin palsu tersebut kerana mahu menerima bayaran bonus tahunan dan tidak mahu dikenakan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pasangan tersebut membeli sijil itu dengan harga RM500 setiap satu menerusi rakan sekerja yang bertindak sebagai orang tengah.

Kegiatan pasangan ini menggunakan sijil vaksinasi palsu mula terbongkar selepas pihak jabatan curiga dengan aplikasi ‘Mysejahtera’ berstatus vaksin lengkap dua dos yang dimiliki mereka sebelum membuat semakan di Klinik Kesihatan Rembia.

Pasangan suami isteri dan rakan sekerja mereka kemudian telah ditahan polis pada Selasa lalu di sekitar Melaka dan telefon bimbit mereka juga telah dirampas. Malah, pasangan terbabit didakwa merupakan kumpulan anti vaksin sebelum ini kerana pernah tampil membuat laporan polis pada tahun lepas berhubung keengganan mereka menerima suntikan vaksin.

Kini, pihak polis sedang memburu seorang lagi suspek yang dipercayai penjual sijil vaksinasi itu. Ketiga-tiga suspek kini telah direman selama 3 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, pihak polis turut berjaya rampas 1,900 sijil vaksin palsu di Marang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Bernilai Hampir RM1 Juta, Polis Rampas 1,900 Sijil Vaksin COVID-19 Dipercayai Palsu Di Marang

Promosikan Cucuk Vaksin ‘Kosong’ Dan Sijil Palsu, Netizen Mahu Ustaz Ini Dikenakan Tindakan

‘Tak Bataklah Nak Rentas Negeri’- Rita Rudaini Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Busuk Hati

Anda Mungkin Suka