Siapa sahaja tidak kenal dengan pasangan suami isteri Youtuber ‘Sugu Pavithra’ yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dengan video-video masakan mereka sebelum ini.

Sejak meraih populariti seiring dengan pelaksanaan tempoh perintah kawalan pergerakan sebelum ini, pasangan tersebut terus menjadi perhatian orang ramai dan sudah pasti ada antara anda yang terlepas pandang dengan perkembangan terbaru pasangan suami isteri ini.

Antara isu yang dibangkitkan kebelakangan ini adalah perkembangan mereka ke rumah baru yang dikatakan dibeli pasangan suami isteri tersebut selepas mereka berpindah keluar dari perumahan yang disediakan pihak ladang suaminya bekerja sebelum ini.

https://www.youtube.com/watch?v=WS-jW9DGXxs

Bagaimanapun, dalam satu laporan yang terbit di Astro Gempak, si suami, M Sugu memberitahu rumah baru mereka bukanlah dibeli sebaliknya masih menyewa dengan kadar RM400 sebulan.

“Dulu saya tinggal di kuarters, jadi apabila sudah berhenti kerja, saya kena cari rumah lainlah.

“Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan,” katanya kepada Gempak.

Tampil seperti model

Selain hangat isunya dengan berpindah ke rumah baru, nama isterinya S Pavithra baru-baru ini juga hangat diperkatakan di media sosial susulan salah faham yang dikatakan beliau telah meminta bayaran yang mahal untuk tampil dalam satu rancangan masakan.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik dan paling terbaru adalah apabila gambar beliau sedang menjalani sesi photoshoot mula tular di media sosial mula dimuatnaik di akaun Instagram jurusolek @razzimusa.

sugu p

Gambar-gambar tersebut yang mula tular sejak semalam turut ‘mengejutkan’ netizen yang rata-rata terinspirasi dengan kisah Pavithra yang hanya bermula dengan perkongsian resipi masakan di YouTube sebelum ini.

Dan kini selepas beberapa bulan, pasangan suami isteri itu bukan sahaja berkongsi resipi masakan namun mereka kini dlihat sudah mula mengorak langkah langkah pertama selepas mengumumkan untuk memfokuskan kepada kehidupan sebagai Youtuber sebelum ini.

Nama Sugu Pavithra mula menjadi sebutan selepas perkongsian resipi dan masakannya di YouTube sebelum ini meletup dengan namanya turut disebut perdana menteri kita. Baca perkongsian kami mengenai pasangan ini di pautan di bawah.

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Pernah Dapat 5A UPSR, Pavithra Kongsi Kisah Sedih Terpaksa Berhenti Sekolah Menengah

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Sumber