Tan Sri Ali Hashim, bekas CEO Jcorp, juga merupakan seorang ikon bisnes di Malaysia. Beliau dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Damansara pada jam 3.30 pagi tadi.

Tan Sri Ali Hashim, berusia 67 tahun, menerajui Johor Corporation (JCorp) selama 28 tahun, iaitu dari Januari 1982 sehingga Julai 2010.

Di bawah kepimpinan beliau, Johor Corporation berkembang gah sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009.

Beliau, melalui JCorp juga membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun 2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd.

Beliau juga merupakan orang penting dalam memperkenalkan konsep jihad bisnes dan waqaf korporat di Malaysia.

Didoakan agar roh Tan Sri sentiasa di dalam perlindungan Allah, dan semoga kita meneruskan legasi perjuangan beliau. Al-fatihah.

Ikuti nasihat beliau dalam 3 artikel ini: Benda Penting Tentang Bisnes, Penjenamaan, Waqaf Korporat.