Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah hampir dua bulan diumumkan serta mula di beberapa negara, Apple Malaysia baru-baru ini telah berkongsi tarikh penjualan rasmi bagi Apple iPhone X dimana model ini akan mula dijual bermula 24 November ini

Screen_Shot_2017-11-08_at_3_21_26_AM

Menariknya mengenai model terbaru daripada Apple ini adalah penyertaan skrin bezelless sekaligus menjadikan model ini sebagai iPhone pertama tanpa home button. Buat anda yang pentingkan kecanggihan kamera, sistem dwi-kamera Apple iPhone X beserta OIS. Fungsi Face ID serta animoji antara fungsi terbaru yang bakal memberi pengalaman terbaru buat para pengguna.

Dari segi harga, Apple iPhone X 64GB bakal mula dijual dengan harga RM5,149 manakala model yang hadir dengan ruang storan 256 GB bakal mula dijual pada harga RM5,899. Boleh dikatakan harga yang boleh dijangkakan ramai berdasarkan tanda harga yang diumumkan ketika pelancaran.

104707061-RTX3FYCV.1910×1000

Melihat kepada kemeriahan Apple Store Singapura tempoh hari, kemungkinan anda yang berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X perlu beratur beberapa jam lebih awal sebelum penjualan dibuka untuk menjadi yang terawal mendapatkan iPhone X.

Baca lagi: Anda Boleh Dapatkan Apple iPhone 8 Dan 8 Plus Dengan Diskaun Sehingga RM450

Anda Mungkin Suka