Segelintir remaja wanita melacur kerana ingin menjana wang dengan cepat tanpa perlu melakukan banyak usaha. Baru-baru ini di Indonesia terdapat dua remaja personaliti media sosial didakwa terlibat dengan aktiviti pelacuran.

Menurut laporan OkeZone, dua orang pempengaruh media sosial berasal dari Makassar, Indonesia ini menarik perhatian pihak berkuasa dengan kerap memaparkan kemewahan di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Okezone / Laman web

Salah seorang mereka yang berusia 20 tahun, manakala seorang lagi 23 tahun itu ditahan malam Jumaat lalu ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Ujung Pandang, Kota Makassar, tetapi identiti mereka masih dirahsiakan. Mereka dikatakan mengenakan bayaran 2 Juta Rupiah (RM589) untuk setiap kali ‘servis’.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia kini sedang menyiasat beberapa selebriti lain yang didakwa terlibat dalam kegiatan pelacuran tersebut.

Tiada jalan mudah untuk dapat wang yang halal. Walaupun sesuatu kejayaan memerlukan proses yang panjang dan bekerja keras, namun hasil usaha itu lebih berkat.

Sumber