Syarikat tempatan Loob Holdings Sdn Bhd ini adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk rangkaian jenama air milk tea, Chatime ke Malaysia. Tetapi tahun lalu, lesen untuk Loob Holdings menjadi agen Chatime ditamatkan dan semua outlet milik Loob Holdings bertukar nama menjadi Tealive.

Tealive menghasilkan menu air yang hampir sama seperti Chatime. Namun buat peminat setia Chatime, Chatime tetap di hati. Seorang pengguna Facebook dengan nama Nabila Jalil meluahkan rasa kecewa dengan cara kerja Loob Holdings ini.

Dalam tulisannya di Facebook, beliau menghadiri satu sesi interview untuk bekerja di Loob Holdings satu bulan yang lalu. Sewaktu sesi interview berkenaan, beliau dikehendaki untuk mencipta 3 tagline untuk produk Tealive.

Beliau bersetuju kerana ianya mungkin satu ujian kemasukan untuk bekerja di sana. Dan selepas beberapa minggu, beliau menerima satu email dari Loob Holdings untuk menggunakan salah satu tagline yang beliau cipta untuk digunakan di Facebook sahaja dan beliau bersetuju.

Namun apa yang mengecewakan Nabila adalah tagline berkenaan digunakan lebih daripada itu. Tagline yang dibuat Nabila turut dipampang di semua cawangan Tealive. Bagi Nabila, beliau cuma memberi kebenaran untuk tagline berkenaan digunakan hanya untuk posting di Facebook sahaja dan tidak di tempat lain.

Berdasarkan komen yang terdapat pada posting Nabila ini, ramai yang nyata tidak menyokong dengan tindakan Loob Holdings ini. Ada yang berpendapat mereka sepatutnya mengambil Nabila bekerja terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan tagline berkenaan untuk sebarang produk Tealive.

Ada juga yang berpendapat Loob Holdings perlu membayar Nabila kerana sebarang tagline adalah idea dan setiap idea ada nilainya. Jadi dalam kes ini, idea Nabila telah ‘dirompak’ untuk kepentingan Tealive.

https://www.instagram.com/p/BRcYHzBDXxS/?taken-by=muthapuaka

Ini bukanlah kali pertama Loob Holdings berdepan perkara seperti ini. Sebelum ini Tealive turut meniru ayat dari tagline jenama tempatan Mutha Puaka. Mutha Puaka sudah menggunakan tagline “Never Bully The Weak, Never Fear The Strong” sejak tahun 2014 lagi.

Tahun lalu, Tealive menghasilkan tagline “Never Fear The Strong. Especially Strong Tea” dan menimbulkan rasa tidak senang kepada jenama Mutha Puaka.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Loob Holdings untuk kes Nabila ketika ini. Diharap ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik untuk kedua-dua pihak.