Krisis air di dunia masih lagi tinggi walaupun di negara maju.

Kira-kira 750 juta orang di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses air minuman yang selamat. Mengikut statistik terkini World Health Organization: WHO, 90 % daripada mereka yang masih sukar menerima akses air minuman selamat adalah penduduk dari negara miskin seperti Afrika dan Asia.

Baca – Lihat Bagaimana Bill Gates Memperdaya Lelaki Ini Untuk Minum Air Yang Dirawat

Kerana air minum merupakan komponen paling penting bagi manusia, pelbagai pencipta serta organisasi bersatu mencipta teknologi air yang bakal menyelamatkan ribuan nyawa daripada kebuluran dan penyakit. Artikel kali ini kami akan paparkan 5 teknologi baru yang diperkenalkan sempena sambutan World Water Day.

1. WATERisLIFE’s Drinkable Book

WATERisLIFE’s Drinkable Book dihasilkan oleh WATERisLIFE bertujuan untuk menyediakan penapis air yang murah dan berkesan di samping mendidik orang ramai tentang bahayanya pengambilan air yang tercemar. Kertas yang digunakan dalam buku ini sebenarnya merupakan penapis yang boleh membunuh bakteria dan virus bawaan air. Pengguna hanya perlu mengoyakkan satu mukasurat dan meletakkan ia seperti penapis serbuk kopi.

Menurut WATERisLIFE, buku ini mampu menyediakan air bersih kepada pengguna selama empat tahun.

2. LUV Water

Pelajar Integrated Innovation Institute dari Carnegie Mellon University telah menghasilkan LUV Water, self-powered water purification system ini akan menggunakan berat air sebagai penjana tenaga elektrik. Tenaga yang terhasil akan digunakan untuk menyalakan UV-LED lights. UV-LED lights ini mampu membunuh 99.99% patogen bawaan air yang mana akan menjadikan air tercemar selamat diminum sesiapa sahaja.

3. UTEC’s water-generating billboard

Para penyelidik University of Engineering and Technology di Lima, Peru, telah menghasilkan sebuah papan iklan yang mampu menghasilkan air bersih dari udara! #AirHuerta. Setiap papan iklan ini mampu menghasilkan 100 liter air bersih setiap hari.

4. Dean Kamen’s Slingshot

Dean Kamen, dikenali sebagai pencipta the Segway dan iBot wheelchair, telah membangunkan satu sistem penulenan air yang diberi nama Slingshot water purification system. Menggunakan enjin Stirling, ia akan memanaskan air tercemar sehingga terhasilnya wap dan seterusnya Slingshot akan memampatkan semula wap tersebut berubah menjadi air tulin.

Konsep ini sama seperti kejadian hujan di bumi.

5. LifeStraw

Kami suka dengan idea LifeStraw yang membolehkan anda minum air tercemar termasuklah muntah anda sendiri! Menurut Vestergaard, Lifestraw mampu menghilangkan sepenuhnya rasa yang meloyakan dan mampu menapis 99.999% bakteria bawaan air, 98.7 % virus bawaan air.

Diharapkan teknologi seperti ini akan hadir lebih banyak, terutamanya dari rakyat Malaysia.