Jika terdapat satu perubahan teknologi yang majoriti pengguna idamkan pastinya teknologi bateri antara yang dinanti-nantikan. Mendapatkan smartphone dengan prestasi yang hebat dan kamera yang mantap mungkin agak mudah namun tidak dalam mendapatkan smartphone dengan penguasaan bateri yang panjang.

Melihat kepada permasalahan yang melanda, para pengkaji daripada University of Michigan and Cornell telah berjaya untuk menemui komponen terbaru iaitu ‘magnetoelectric multiferroic‘ yang membolehkan bateri pada smartphone bertahan sehingga 3 bulan. Ya, dalam erti kata lain anda cuma perlu cas 4 kali sahaja dalam tempoh setahun. Cool!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin agak kompleks untuk menjelaskan teknologi ini dari sudut fizik. Namun apa yang pasti pengguna material ini dijangkakan dapat meminimumkan penggunaan kuasa di dalam bateri sehingga 100 kali lebih rendah sekaligus membolehkan telefon bertahan dengan lebih lama tanpa menjejaskan prestasi.

Dalam pada itu, teknologi ini mungkin tidak akan hadir dalam masa yang singkat ini. Memandangkan teknologi ini masih di dalam proses penyelidikan, kemungkinan teknologi ini bakal dinikmati pengguna seawal 2030.

Dalam jangka masa terdekat ini dilihat pengeluar telefon bukan sahaja memfokuskan kepada smartphone dengan prestasi yang hebat, malah teknologi pengecasan pantas juga dinaik taraf. SuperVOOC daripada Oppo yang bakal dilancarkan tidak lagi bakal memberikan nikmat buat pengguna dengan pengecasan penuh dalam jangka 15 minit sahaja.

Baca lagi: Telefon Nokia Ini Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Ketahanan Bateri Selama Sebulan

Sumber