Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Cybertruck merupakan trak pikap pertama yang diperkenalkan oleh Elon Musk dalam barisan pengeluaran kereta elektrik Tesla. Walaupun trak pikap itu menjadi bahan gelak-tawa orang ramai kerana cermin kalis peluru retak semasa pelancaran, namun dalam masa tiga hari sahaja model tersebut telah berjaya mendapat 200,000 tempahan.

Trak pikap elektrik ini sepatutnya mula dihantar kepada pelanggan pada tahun 2021, tetapi terpaksa ditangguhkan pada tahun ini. Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat sumber memberitahu pihak Reuters bahawa Tesla menyasarkan pengeluaran awal model ini pada penghujung suku pertama 2023.

Tambah sumber itu lagi, kelewatan berlaku apabila Tesla mahu menukar spesifikasi dan fungsi Cybertruck untuk menghasilkan satu produk yang lebih menarik apabila persaingan semakin sengit dalam segmen trak pikap elektrik tersebut.

Tesla juga turut didakwa akan membuat pengeluaran terhad Cybertruck pada suku pertama 2023 sebelum meningkatkan pengeluarannya pada masa akan datang, kata sumber itu kepada Reuters.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan Cybertruck yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran

2 Sebab Tesla Cybertruck Berjaya Terima 200,000 Tempahan Dalam Tempoh Tiga Hari

Kehadiran Tesla Cybertruck Ke Tapak Pembinaan Raih Tumpuan Orang Ramai

Anda Mungkin Suka