Penyedia perkhidmatan Telegram boleh dikatakan tindakan sekiranya terus mengabaikan jemputan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung sejumlah aduan yang diterima.
Menurut YB Fahmi Fadzil,pihak KKD telah menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan yang disediakan platform berkenaan. Antara aduan yang diterima termasuk keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, scammer dan pornografi.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Difahamkan pihak Telegram enggan beri kerjasama sehingga kini meskipun telah dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas.
Susulan itu, YB Fahmi telah meminta dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti tindakan yang wajar diambil.