Antara perkara yang sering menjadi kemusykilan kepada para pembeli rumah baru dengan pemaju adalah berkaitan dengan urusan pembiayaan perumahan.

Masalah timbul apabila permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank atau LPPSA, sedangkan perjanjian jual beli telah ditandatangani.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Jika itu berlaku, apakah kesannya kepada perjanjian tersebut? Perlukah pembeli menjelaskan bayaran harga belian rumah tersebut juga walaupun pembiayaan mereka tidak diluluskan.?

Di sini saya senaraikan 8 terma penting yang pembeli perlu tahu berkenaan dengan urusan pembiayaan perumahan. Terma-terma ini terkandung dalam Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai Jadual G, H, I dan J Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

1. Dalam masa tiga puluh (30) hari selepas penerimaan sesalinan Perjanjian Jual Beli yang telah disetemkan, pembeli hendaklah membuat permohonan bertulis kepada pemaju untuk mendapatkan pembiayaan pembelian rumah trsebut.

2. Pemaju hendaklah dengan sedaya upayanya berusaha untuk mendapatkan pembiayaan bagi pihak pembeli daripada bank, LPPSA, persatuan pembinaan atau institusi kewangan yang berkaitan. Ertinya, tanggungjawab untuk mendapatkan pembiayaan perumahan adalah tanggungjawab pemaju.

3. Selepas pembiayaan tersebut diluluskan, pembeli hendaklah, dalam masa tiga puluh (30) hari, menandatangani segala borang dan dokumen yang perlu dan membayar segala fi, kos guaman dan duti setem yang berkenaan kepada peguam.

4. Sekiranya pemaju gagal untuk mendapatkan pembiayaan itu disebabkan ketidakupayaan pembeli dari segi pendapatan dan pembeli telah mengemukakan bukti ketidakupayaannya kepada pemaju, maka pembeli hanya bertanggungan untuk membayar kepada pemaju satu peratus (1%) sahaja daripada harga belian dan perjanjian tersebut hendaklah selepas itu ditamatkan.

5. Sekiranya Pembeli gagal atau enggan menyetujui terima pembiayaan yang telah diluluskan itu atau ingkar mematuhi kehendak-kehendak yang perlu bagi permohonan itu atau hilang kelayakan yang mengakibatkan pembiayaan itu ditarik balik oleh pembiaya, maka pembeli adalah bertanggungan untuk membayar kepada pemaju kesemua harga belian atau mana-mana bahagian yang belum dijelaskan.

6. Sekiranya pemaju tidak berjaya mendapatkan apa-apa kemudahan pembiayaan untuk Pembeli, atas sebab selain daripada ketidak upayaan pembeli dari segi pendapatan (misalnya nama kena blacklist dan lain-lain) , kegagalan untuk mendapatkan pembiayaan itu tidaklah boleh dijadikan alasan bagi apa-apa kelewatan pembayaran atau tak bayar terhadap mana-mana ansuran harga belian.

Ertinya, pembeli masih bertanggungan untuk membayar kepada pemaju kesemua harga belian atau mana-mana bahagian yang pada masa itu masih belum dijelaskan mengikut progres dalam Jadual 3 perjanjian jual beli.

7. Untuk pembiayaan LPPSA pula, sekiranya pembeli gagal untuk mendapatkan pembiayaan itu kerana apa-apa sebab sekalipun, maka pembeli adalah bertanggungan untuk membayar kepada pemaju kesemua harga beli atau mana-mana bahagiannya yang pada masa itu masih belum dijelaskan.

Nasihat

Jadi nasihat saya:

Penulis, Salkukhairi Abd Sukor adalah seorang peguam dan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Penulis, Salkukhairi Abd Sukor adalah seorang peguam dan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam).

1. Pastikan anda semak terlebih dahulu kelayakan pembiayaan anda sama ada dengan bank atau LPPSA dan pastikan anda telah mematuhi segala syarat-syarat permohonan pembiayaan tersebut sebelum membuat keputusan menandatangani perjanjian jual beli.

2. Pastikan anda terima tawaran pembiayaan yang telah diluluskan oleh pembiaya. Di peringkat ini anda tidak boleh lagi teragak-agak sama ada mahu menerima atau menolak tawaran pembiayaan tersebut atas alasan anda tak berapa suka dengan kadar keuntungan yang ditawarkan oleh pembiaya tersebut.

Sepatutnya anda telah buat perbandingan lebih awal dengan beberapa pembiaya lain tentang kadar keuntungan yang ditawarkan dan memaklumkan kepada pemaju yang anda ingin memohon pembiayaan dengan institusi kewangan tersebut.

3. Jangan ingat apabila anda buat permohonan pembiayaan dengan LPPSA, permohonan anda akan dijamin lulus.

Di samping membuat semakan tentang kelayakan, anda juga perlu menyemak tentang syarat-syarat pembiayaan LPPSA sebelum menyerahkan permohonan pembiayaan kepada LPPSA.

Ini kerana, jika pembiayaan anda tidak diluluskan, anda TETAP PERLU MENJELASKAN bayaran harga jual beli kepada pemaju setelah anda tandatangan perjanjian jual beli tersebut.

4. Ingat! Pembeli tiada kuasa untuk membatalkan perjanjian jual beli setelah ianya ditandatangani atas alasan pembiayaan tidak diluluskan. Hanya pemaju sahaja yang ada kuasa untuk membatalkannya.

Maka, fahamilah terma-terma dalam perjanjian jual beli sebelum menandatanganinya.

BACA: 8 Tip Memilih Unit Kediaman Tinggi Yang Terbaik Buat Anda

Artikel di atas disumbangkan oleh Salkukhairi Abd Sukor. Peguam, Presiden HartaGuam. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka