Sydney, Australia merupakan antara destinasi yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia yang ingin bercuti di luar negara.

Dan bila sebut saja Sydney pasti ramai yang terus terbayang Sydney Opera House, mercu tanda yang mesti di lawati jika ke sini. Hakikatnya banyak lagi lokasi lain yang lebih menarik dan boleh dikunjungi di wilayah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berkunjung ke Sydney juga kini lebih mudah dengan adanya penerbangan terus AirAsia X ke sini.

Untuk ini, saya nak kongsikan rangka itinerari bagi percutian selama 6 hari di Sydney, Australia. Itinerari ini boleh dijadikan rujukan bila anda ke Sydney sama ada secara solo, dengan kawan mahupun travel bersama keluarga.

Ayuh kita mulakan.

tip-travel-ke-sydney-2
Sydney BridgeClimb Adventure

Itinerari 6 hari di Sydney

Hari 1
1. Meneroka Circular Quay dan mercu tanda Sydney iaitu Sydney Opera House

Sydney Opera House merupakan bangunan ikonik Sydney yang memaparkan senibina bangunannya yang unik.

Circular Quay pula adalah lokasi popular untuk pelancongan dan terdiri daripada laluan pejalan kaki, taman dan restoran. Di sini juga menjadi pengkalan beberapa feri, perhentian bas dan stesen kereta api.

2. Sertai aktiviti mendebarkan iaitu BridgeClimb adventure di puncak Sydney Harbour Bridge

Jika anda gemar mencabar diri, akviti ini wajib anda lakukan ketika di Sydney. BridgeClimb adventure bermula seawal pagi hingga ke petang. Pakej yang ditawarkan termasuk peralatan yang diperlukan untuk mendaki tangga jambatan dari bawah hingga ke puncak.

Tour leader juga akan turut berkongsi tentang sejarah Sydney Bridge dan info menarik sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan dengan harga berbeza. Untuk info lanjut sila semak di BridgeClimb.com.

3. Bersiar-siar dan melihat keindahan Sydney dengan menaiki Harbour Cruise atau bot

Aktiviti ini akan membawa anda lalu depan Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge dan beberapa landmark lain di sepanjang laluannya.

Jika anda ada masa boleh turun ambil gambar di beberapa perhentian di sepanjang laluan feri. Sangat di syorkan untuk naik feri cruise agar anda dapat rasai jenis pengangkutan dan pengalaman berbeza sambil lihat pemandangan menarik di Sydney.

Terdapat beberapa pakej yang disediakan seperti leisure cruise, sunset cruise, dan dinner cruise. Tinggal pilih waktu yang sesuai dan kena dengan itinerari anda.

4. Ke Taronga Zoo

Di sini anda berpeluang memberi makan kepada koala dan zirafah sambil menikmati pemandangan menarik. Terdapat 4 ribu haiwan di zoo ini yang terdiri daripada 350 spesis.

Nama Taronga itu sendiri bermaksud ‘cantik’ kerana zoo ini merupakan satu-satunya zoo di dunia yang menghidangkan pemandangan pelabuhan yang cantik.

tip-travel-ke-sydney-5
Taronga Zoo
Aktiviti jetboat yang menyeronokkan

tip-travel-ke-sydney-4

Hari 2 – Membeli belah sambil meneroka Darling Harbour dan Manly Lagoon

1. Mulakan hari ke 2 dengan berkunjung ke Carriageworks Farmers Market.

Merupakan pusat kebudayaan Sydney, di sini anda berpeluang melihat hasil seni penduduk tempatan, hasil pertanian dan juga jenama popular tempatan.

2. Singgah di Sydney Fish Market untuk menikmati makanan laut yang segar.

Selain daripada makanan laut, anda berpeluang untuk merasai berbagai jenis makanan tempatan lain dari gerai dan restoran yang terdapat di sini.

3. Atau anda boleh pilih sama ada nak membeli belah atau melawat zoo melalui salah satu aktiviti berikut:

(i) Naik feri menuju ke Manly Beach untuk menikmati panasnya mentari sambil menghirup udara segar dan pantai yang menarik. Atau boleh juga berjalan kaki atau berbasikal sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang laluan ke North Head ini.

(ii) Atau membeli belah barangan berjenama tempatan dan antarabangsa di Queen Victoria Building atau Pitt Street Mall

(iii) Meneroka Sydney Harbour yang menawarkan tarikan utama di sini seperti Sydney Aquarium, Sydney Zoo dan Madame Tussauds.

4. Berkunjung ke menara tertinggi di Sydney iaitu Sydney Tower Eye

Menara tertinggi di Sydney ini menjadi salah satu tarikan bagi mereka yang berkunjung ke sini. Untuk menikmati pemandangan yang lebih menarik anda boleh dapatkan tiket untuk naik ke puncak menara dan melihat seluruh Sydney dari atas.

5. Makan malam sambil menikmati pemandangan di sekitar Cockle Bay atau King Street Wharf.

6. Pertunjukan bunga api

Dan sebelum malam berakhir, jangan lepaskan peluang untuk menonton pertunjukan bunga api di Darling Harbour yang diadakan setiap Sabtu malam.

Hari 3 – Bersiar-siar di sekitar Bondi Beach, kawasan penempatan penduduk dan ke pasar minggu

1. Bangunan aneh Newtown’s street art

Meneroka di sekitar kawasan perumahan di sini yang memiliki bangunan aneh bermula dari Newtown’s street art hingga ke Surry Hills’ cafes

2. Bergambar dengan mural

Juga, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan mural ‘I Have a Dream’ di King Street yang pernah menjadi lokasi penggambaran video klip Coldplay bagi lagu ‘A Sky Full of Stars’.

3. Mencuba kek dan cronut lazat

Dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba kek tembikai strawberry (Strawberry Watermelon Cake) yang sedap dan terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini di kedai Black Star Pastry dan cronut lazat di Brewtown.

4. Seni grafiti

Nikmati pemandangan pantai, seni grafiti serta kafe yang menarik di sepanjang laluan Bondi ke Bronte Walk.

5. Ke Bondi Market

Ke Bondi Market yang diadakan setiap Ahad. Antara yang ditawarkan di sini adalah pakaian pereka tempatan, seni dan kraf, hasil pertanian dan banyak lagi.

tip-travel-ke-sydney-11
Mural I Have A Dream
5_bondi-coastal-walk
Laluan berjalan kaki di pesisir Bondi Beach
tip-travel-ke-sydney-8
Hunter Valley

Hari 4, 5 dan 6

1. Bagi penggemar aktiviti lasak

Inilah peluang anda untuk menyertai aktiviti melihat ikan lumba-lumba, naik basikal quad, bermain luncur pasir dan parasailing di Port Stephens.

2. Pencinta alam: Menikmati pemandangan indah dan menghirup udara segar di Blue Mountains.

Di Blue Mountains anda berpeluang melihat Three Sisters di Echo Point Lookout, menaiki kereta kabel (lantainya kaca) ke Scenic World, merasai pengalaman melalui landasan keretapi tercuram di dunia (world steepest railway) serta persembahan tarian puak Aborigine di Waradah Aboriginal Centre.

3. Penggemar makanan: Ke Hunter Valley untuk melihat ladang anggur, mencuba keju, coklat dan merasai pengalaman menaiki belon panas.

Untuk pengetahuan, bermula 4 Nov 2016 – 26 Jan 2017,  satu pameran yang dinamakan Christmas Lights Spectacular akan diadakan di Hunter Valley Gardens. Jika anda berkunjung ke Sydney pada sekitar tarikh ini, jangan lepaskan peluang untuk ke pameran ini.

4. Penggemar road trip: memandu di sepanjang laluan Grand Pacific Drive

Grand Pacific Drive merupakan satu siri laluan yang menghubungkan lebuh raya yang indah dan jalan-jalan di sepanjang New South Wales South Coast.

Antara tarikan menarik di sini adalah The Royal National Park yang merupakan taman negara ke 2 tertua di dunia, jambatan pantai terbaru, pemandangan pantai yang memukau, bandar-bandar tepi pantai yang santai dan keindahan alam semula jadi. Anda juga berpeluang untuk berhenti dan mengambil gambar di setiap lencongan dan hentian yang disediakan di sepanjang laluan.

Anda boleh semak penerbangan terus AirAsia X KL – Sydney di sini.

tip-travel-ke-sydney-6
Ini antara yang anda dapat lihat jika ke Blue Mountains
tip-travel-ke-sydney-1
Grand Pacific Drive
tip-travel-ke-sydney-3
Grand Pacific Drive
tip-travel-di-sydney-14
Hunter Valley
14_hotair-ballooning-3
Aktiviti naik belon panas

Ringkasan Itinerari

Hari 1

  • Meneroka Circular Quay dan Sydney Opera House
  • Sertai aktiviti BridgeClimb adventure di puncak Sydney Harbour Bridge
  • Bersiar-siar  dengan menaiki Harbour Cruise atau bot
  • Ke Taronga Zoo

Hari 2

  • Ke Carriageworks Farmers Market
  • Makan tengahari di Sydney Fish Market
  • Pilih sama ada membeli belah atau menghabiskan seharian di zoo:

(i) Naik feri ke Manly Beach, berjalan kaki atau berbasikal sambil di sepanjang laluan ke North Head.
(ii) Membeli belah di Queen Victoria Building atau Pitt Street Mall
(iii) Meneroka Sydney Harbour yang menawarkan Sydney Aquarium, Sydney Zoo dan Madame Tussauds.

  • Berkunjung ke Sydney Tower Eye
  • Makan malam di sekitar Cockle Bay atau King Street Wharf
  • Menonton pertunjukan bunga api yang diadakan setiap malam sabtu di Darling Harbour

Hari 3

  • Meneroka kawasan kejiranan unik dan pelik di Newtown’s street art
  • Bergambar dengan mural di Kings Streetyang pernah muncul di dalam klip video Cold Play
  • Mencuba kek dan cronut lazat yang terkenal di kalangan penduduk tempatan
  • Melewati sambil menikmati seni grafiti dari Bondi ke Bronte Walk.
  • Ke pasar minggu di Bondi Market

Hari 4, 5 dan 6

  • Penggemar aktiviti lasak : Lihat ikan lumba-lumba, naik basikal quad, bermain luncur pasir dan parasailing di Port Stephens.
  • Pencinta alam: Menikmati pemandangan indahdi Blue Mountains.
  • Penggemar makanan: Ke Hunter Valley untuk mencuba keju, coklat dan naik belon panas.
  • Penggemar road trip: memandu di sepanjang laluan Grand Pacific Drive

Tips

Berikut antara tips penting untuk rujukan anda sebelum ke Sydney:

1. Visa ETA

Rakyat Malaysia diwajibkan memohon Visa ETA sebelum ke Australia. Permohonan boleh dibuat di laman web immi.gov.au atau melalui ejen pelancongan. Jika memohon di website imi Australia, bayaran nya adalah AUD20 per visa. Visa ETA ini sah selama setahun.

2. Opal Card – Kad yang penting jika anda menggunakan pengangkutan awam di Sydney. Kad ini boleh dibeli sama ada di lapangan terbang, kedai-kedai runcit dan neewstand. Info lanjut di Opal.com.au.

3. Hotel – Antara laman web yang menawarkan hotel dengan harga menarik adalah AirAsia Go.

4. Penerbangan tambang murah ke Sydney

Salah satu cara mudah untuk ke Sydney adalah dengan penerbangan AirAsia X yang terbang sebanyak 11 kali seminggu.

Berita baik buat anda yang merancang untuk ke Sydney. AirAsia X kini menawarkan tambang serendah dari RM449 sehala bermula hari ini sehingga 5 Disember 2016. Tawaran menarik ini adalah untuk penerbangan dari hari ini sehingga 31 Mach 2017.

Layari airasia.com/sydney untuk info lanjut.

Dan ini 19 Tip Mengembara Dengan Lebih Murah Di Australia untuk rujukan anda.