Lihat pada tajuknya sahaja sudah cukup buat kita berasa dekat dengan cerita ini. Bukan kerana Tesla, bukan kerana SolarCity tetapi mungkin pada nilainya pelaburannya.  Dengan nilai pelaburan $2.6 Billion, Tesla berjaya untuk mendapatkan kesemua saham SolarCity secara total.

Elon Musk selaku Chairman SolarCity juga CEO kepada Tesla menyatakan kerjasama kedua-dua syarikat ini bakal meningkatkan lagi produktiviti Tesla melalui device Tesla Powerwall. Sebuah bateri yang menyimpan tenaga dengan efficient untuk kegunaan rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
section-hero-touch
Tesla Powerwall Energy Storage

Rancangan Elon Musk selaku CEO Tesla untuk bekerjasama bersama SolarCity dilihat sebagai sebuah langkah yang sangat significants bagi menjayakan cita-cita Tesla mengikut pelan roadmap yang dinyatakan beliau.

Selain itu, hasrat Elon Musk untuk menjayakan pelan baru Tesla seakan-akan semakin dekat apabila dua syarikat ini bakal bergabung tenaga untuk membangunkan solar panel yang dijangka bakal digunakan buat semua rumah di masa hadapan. Setidaknya di US. Pembelian Solarcity juga memberikan peluang buat Tesla untuk memasarkan produk keluaran mereka secara retail dan mudah dicapai pengguna.

960-solarcity-corp-shines-on-short-squeeze-after-elon-musks-buyout-chatter

Adakah pelaburan $2.6 Billion ini berbaloi? Berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, pelaburan Elon Musk dari segi idea mahupun syarikat semuanya positif. Jika Elon Musk yang melabur pastinya syarikat tersebut mempunyai something to offer. Apatah lagi pada kali ini Musk berminat untuk membeli syarikat dimana beliau bertanggungjawab sebagai chairman.

Sumber