Tesla sememangnya terkenal sebagai sebuah syarikat automotif yang futuristik dan menjadi harapan ramai untuk mengubah industri ini. Disebalik masyurnya syarikat ini, Tesla didapati masih gagal untuk peroleh keuntungan.

Berdasarkan laporan terbaru dariapda Bloomberg, Tesla pada ketika ini sedang beroperasi dalam aliran wang negatif dimana syarikat ini perlu berbelanja sebanyak $6,500 (~RM25,669) seminit. Lebih parah laporan kewangan syarikat ini menunjukkan Tesla gagal membuat keuntungan sepanjang 15 bulan terakhir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage551553f6bdf440-b22d-4093-9f9e-adbdb87724bb

Isu melibatkan kegagalan sistem autopilot Tesla serta beberapa insiden lain antara yang membuatkan syarikat ini di dalam bahaya dalam masa terdekat ini.

Meskipun telah menerima dana yang besar, Tesla difahamkan masih memerlukan sebanyak $2 billion lagi untuk melancarkan operasi sehingga akhir tahun ini. Nasib Elon Musk selaku chairman Tesla juga bakal ditentukan pada Jun ini sama ada beliau masih lagi memegang jawatan tersebut atau tidak.

Sumber