Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Jika semalam tular video seorang wanita warga asing biadab dan mengeluarkan kata-kata kesat di kaunter check-in KLIA, hari ni tular pula video penumpang mengamuk di depan kaunter check-in.

Artikel Berkaitan:

Seorang pengguna TikTok @yanaothmannn telah memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang penumpang yang mengamuk di kaunter check-in sehingga menimbulkan kekecohan.

@yanaothmannn

Korg Rasa Kalau dah begini sikap mcm xde adab? Masih boleh tahan ker? #fyp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #pramugarimalaysia

♬ original sound – yanaothman – yanaothman

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →

Difahamkan, kejadian berlaku beberapa hari yang lalu tetapi baru dimuat naik pagi tadi dan dikhabarkan bahawa penumpang tersebut telah bertindak kasar kepada petugas sehingga mengakibatkan petugas cedera.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang wanita yang dipercayai petugas Malaysia Airlines telah meninggikan suara ketika situasi itu untuk mengawal keadaan. Petugas itu juga tegas mengatakan bahawa permasalahan itu bukanlah masalah syarikat penerbangan tetapi penumpang tersebut.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai orang dan video tersebut juga dikongsikan kembali oleh pengguna media sosial lain. Rata-rata netizen berasa terkejut melihat situasi itu dan mahu penumpang itu dikenakan tindakan kerana menyebabkan kecederaan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji petugas wanita yang tegas itu kerana berani untuk mengawal situasi cemas. Rata-rata netizen juga mengatakan bahawa polisi ‘customer always right’ itu sudah tidak boleh terpakai.