“Sangat sedap!” Bila terbaca dua perkataan ini, pasti ramai yang akan menyebutnya dengan nada Trevor James, YouTuber yang terkenal dengan channel miliknya, The Food Ranger.

Sebelum ini, Trevor James telah membuat keputusan untuk menetap di Malaysia kerana keunikan makanan yang ada di sini. Tetapi berdasarkan perkongsian terbaru di Instagram, dengan berat hati beliau telah mengumumkan bakal berpindah ke Dubai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Selepas berbincang dengan Ting, kami telah membuat keputusan untuk berpindah ke Dubai. Kami memilih Dubai kerana mahu mencuba makanan yang ada di serata Dubai dan UAE. Selepas semuanya kembali normal, kami akan kembali travel mencari makanan lain di serata dunia,” terang Trevor.

“Berat hati untuk kami tinggalkan Malaysia kerana kami sangat sukakan Malaysia. Ini bukanlah ucapan selamat tinggal kerana kami akan kembali ke Malaysia, my favourite place in the world!” tambah beliau.

https://www.instagram.com/p/CQqCz39HwAj/

Sepanjang berada di Malaysia, Trevor telah mengembara ke serata Malaysia dan merakam tempat makan terbaik yang ada di Malaysia sehinggakan ramai pelancong dari luar negara tidak sabar untuk datang ke Malaysia kerana mahu mencuba makanan yang beliau sarankan.

Antara video paling tular sepanjang tahu lalu yang beliau rakam di Malaysia adalah di Om Burger Ampang yang baginya merupakan burger paling sloppy tetapi sedap yang pernah beliau makan.

Selamat maju jaya buat Trevor dan terima kasih kerana menghasilkan video lokasi makanan hebat di Malaysia untuk tatapan peminat makanan di seluruh dunia. Dubai juga merupakan food heaven dan kami yakin beliau akan ke CZN Burak dan Nusr-Et nanti.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan The Food Ranger. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tertarik Dengan Keunikan Malaysia, ‘YouTuber’ Food Ranger Kini Menetap Di Kuala Lumpur

Food Ranger Cuba Nasi Goreng Durian Dan Terpesona Dengan Kesedapannya

‘3 Biji Hanya RM150’- Netizen Terkejut Durian Duri Hitam Dijual Murah Di Singapura