Semalam kami berkesempatan untuk menonton tayangan perdana untuk ‘Thor: Ragnarok’ dan terima kasih kepada Marvel Studios atas kesempatan yang diberikan.

Jadi apa kata kami tentang filem Thor: Ragnarok ini? Ianya sebuah filem yang padat dengan aksi, fun dan penuh easter egg yang unexpected untuk anda semua, peminat Marvel. Saya memang sangat teruja dengan filem ini dan ianya langsung tidak mengecewakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya akan menceritakan kekuatan filem ini dan pastinya, ianya bebas spoiler. Kalau anda tak mahu baca ulasan ini, boleh terus langkah ke perenggan terakhir untuk rangkuman dan rating filem Thor: Ragnarok ini.

1. Jalan cerita

Pengenalan watak dibuat hanya untuk watak-watak baharu dan tidak untuk watak sedia ada. Anda pastinya sudah kenal Thor, Loki dan Hulk jika menonton Thor yang pertama dan kedua bukan? Dan aksi pertarungan sudah bermula seawal 5 minit pertama filem ini bermula. Jadi anda tak ada ruang pun untuk bosan apabila menonton filem ini nanti. Jalan ceritanya pula mudah.

Tetapi anda kena tonton filem Thor serta Avengers yang sebelum ini untuk faham antara lawak jenaka yang ada dalam filem ini. Kalau tidak, anda mungkin tak akan faham lawak yang dibuat oleh Loki dan Thor terutamanya. Menarik tentang filem ini adalah garapan babak lucu dan beremosi disusun baik supaya tidak menggangu perjalanan filem ini.

2. Kekuatan setiap watak

null
Thor: Ragnarok..L to R: Valkyrie (Tessa Thompson) and Thor (Chris Hemsworth)..Photo: Jasin Boland..©Marvel Studios 2017

Sesuatu yang sangat menarik tentang pengarah filem ini, Taika Waititi adalah bagaimana beliau membuatkan setiap watak dalam filem ini nampak gah dan akan diingati walaupun ada watak yang baru sahaja diperkenalkan dalam Thor: Ragnarok. Taika Waititi juga adalah pengarah untuk bahagian end credit filem Marvel sebelum ini, Doctor Strange (terima kasih pada yang menegur saya untuk bahagian ini).

Character development untuk setiap watak juga diceritakan dengan baik terutamanya untuk watak Hela dan Valkyrie. Watak Heimdall, penjaga pintu Asgard juga nampak hebat walaupun beliau tidak lama beraksi dalam filem ini. Dalam Thor: Ragnarok juga anda akan dapat lihat sisi baharu Hulk, yang kini dapat berinteraksi dengan orang lain walaupun dalam keadaan Hulk dan bukan Bruce Banner.

3. Gandingan hebat Loki dah Thor

lokithor

Dalam filem ini, kita akan nampak sisi Thor yang lain. Jika sebelum ini kita nampak Thor seperti yang control macho tetapi tidak dalam filem ini. Beliau lebih cheeky dan lucu dalam filem ini. Masih ingat di dalam trailer yang senjata kesayangannya, Mjölnir dimusnahkan Hela? Ya, beliau terpaksa berdepan dengan Hela tanpa senjata Mjölnir dan akan menggunakan senjata yang baru dan lebih hebat. Senjata apa? Anda kena tengok sendiri.

Adik ‘kesayangan’ Thor, Loki menang seorang yang penuh muslihat tetapi sangat charming! Tiada pelakon yang lebih sesuai selain Tom Hiddleston untuk watak Loki ini. Beliau menepikan persengketaan dengan Thor untuk sama-sama menyelamatkan Asgard dari Ragnarok. Dan kalau tidak kerana Loki, Thor akan berada di Sakaar sampai bila-bila. Besar peranan Loki dalam filem Thor: Ragnarok ini.

4. Hela

null
Marvel Studios’ THOR: RAGNAROK..Hela (Cate Blanchett) ..Ph: Teaser Film Frame..©Marvel Studios 2017

Di usia menjangkau 48 tahun, Cate Blanchett tetap nampak sangat menawan sebagai Hela, The Goddess Of Death. Ianya seperti mustahil untuk mengalahkan Hela kerana sumber kekuatan Hela adalah dari Asgard. Bagi saya, Hela adalah antara villain kegemaran saya dalam MCU kerana kekuatan wataknya serta kecantikannya. Dari segi lakonan pula, tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau memang sudah dikenali dalam filem-filem hebat Hollywood sebelum ini seperti Benjamin Button, Lords of The Rings dan banyak lagi.

BACA: Peluang Untuk Menangi Barangan Eksklusif Marvel Studios ‘Thor: Ragnarok’

5. Babak ikonik

null
Marvel Studios’ THOR: RAGNAROK..Ph: Teaser Film Frame..©Marvel Studios 2017

Saya sangat suka dengan idea babak ikonik yang diselitkan oleh Taika Waititi dalam filem ini. Ianya mengingatkan saya kepada pertempuran dalam filem ‘300’ dan ‘Gods Of Egypt’. Anda boleh lihat moment ini ketika pertempuran Valkyrie dan Hela dan ketika pertempuran Thor di Asgard. Memang hebat betul dua babak ini.

6. Pemilihan lagu

https://www.youtube.com/watch?v=8QxtIQ1F1ig

Pemilihan lagu Immigrant Song dinyanyikan band legenda Led Zappelin bukan dipilih secara random. Jika anda baca lirik lagu ini, ianya menceritakan perpindahan satu golongan manusia mencari tempat baharu untuk didiami, hampir sama seperti cerita penduduk Asgard yang perlu berpindah ke tempat baharu. Ianya juga lagu yang rancak sesuai untuk adegan pertarungan.

Mood dan genre lagu juga bertukar bergantung kepada lokasi dalam filem ini. Jika di planet Sakaar, muzik latarnya lebih berbunyi elektro dan jika pertembungan di Asgard, lebih bunyi organ and orchestra. Apabila di rumah Doctor Strange, muzik dalam filem Doctor Strange pula kedengaran. Begitulah betapa bijaknya produksi Thor bermain dengan muzik supaya mood filem berubah mengikut suasana. Alamak terbuat spoiler pula yang Doctor Strange ada dalam filem ini.

Hype yang dibina untuk filem ini ternyata tidak mengecewakan. Anda tidak akan rasa pun 2 jam berlalu kerana filem ini sangat fun untuk ditonton. Marvel Studios tahu bagaimana untuk mengembirakan penonton tetapi tidak begitu melampau sehingga menjejaskan perjalanan filem ini.

Ada atau tidak hint Thanos atau Infinity Stones dalam filem ini? Jawapan saya ya, ada. Tetapi anda kena tengok betul-betul sebab Marvel Studios belanja sedikit sahaja tentang hal ini. Kami beri rating 9.5/10 untuk filem ini. Faktor- faktor di atas banyak mempengaruhi rating untuk filem ini. Jadi apa tunggu lagi? Tag rakan untuk ajak tonton Marvel yang epik ini yang akan mula ditayangkan esok.

P/S: Untuk pengalaman ‘Thor: Ragnarok’ yang lebih epik, apa kata anda tonton di pawagam IMAX. Kami tengok di sana semalam dan ianya memang sangat worth it. Bole ke laman TGV Cinemas untuk menempah tiket anda untuk pawagam IMAX.