Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka semasa sidang media berkaitan insiden kemalangan pelanggaran dua tren di Stesen LRT KLCC, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) seperti yang dilakukan oleh YB Tajuddin telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya pada semalam, Selasa, 8 Jun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/esshimself/status/1402464322253586434?s=20

“Keputusan kompaun RM1,500 telah dikenakan kepada YB Tajuddin Abdul Rahman mengikut kesalahan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” kata Mohamad Zainal dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 27 Mei lalu, Mohamad Zainal mengesahkan telah memanggil YB Tajuddin Abdul Rahman untuk tampil memberikan keterangan susulan tular satu video di media sosial yang menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka sebaliknya beliau hanya memakai pelindung muka semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan LRT di ibu negara.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal dan PDRM menyeru orang ramai supaya terus mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Khidmat YB Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan serta-merta. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Khidmat YB Tajuddin Sebagai Pengerusi Prasarana Ditamatkan Serta Merta

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000

Sumber