Setahun menanti, nampaknya Apple pada tahun ini sekali meneruskan trend pada tahun lalu dengan memperkenalkan tiga model Apple iPhone. Seperti yang dijangka ramai dan diumumkan ura-ura sebelum ini.

Model-model yang dilancarkan terdiri daripada model iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max. Secara asasnya, iPhone XS dan iPhone XS Max diperkenalkan bagi menggantikan iPhone X dan juga model versi Plus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spesifikasi

Dm6eZogXgAAYvJL
Apple iPhone Xs Max dan iPhone XS

Dari segi spesifikasi, masing-masing dilengkapi dengan processor Apple A12 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 30% berbanding model sebelum ini. Apple juga turut mengatakan processor terbaru ini merupakan processor terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar.

Mengulas mengenai paparan, kedua-dua disertakan dengan paparan OLED beserta teknologi Super Retina. Apple iPhone XS dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.8-inci manakala iPhone XS Max dengan skrin bersaiz 6.5-inci.

Menariknya, Apple turut menambah fungsi SmartHDR yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih menarik berbanding model sebelum ini. Selain itu, para pengguna berpeluang melaras bokeh untuk setiap gambar yang diambil. Penawaran dwi-SIM sepertimana ura-ura sebelum ini turut ditawarkan Apple.

iphone xr
Apple iPhone XR Diperkenalkan dengan enam pilihan warna

Apple iPhone XR pula disasarkan Apple buat mereka yang tidak mahu mendapatkan model baru dengan harga yang sedikit rendah. Dari segi spesifikasi, Apple iPhone XR menggunakan paparan LCD dan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.1-inci.

Tidak seperti dua model yang diumumkan, Apple iPhone XR masih lagi menggunakan satu kamera pada bahagian belakang. Walaubagaimanapun, Apple masih menjanjikan kualiti gambar yang baik bagi model ini.

Harga

Harga Apple iPhone

Mengulas mengenai model terbaru iPhone, tidak sah sekiranya tidak mengetahui harganya yang sediakala premium. Apple iPhone XR bakal ditawarkan pada harga sekitar $749 (RM3,100) manakala iPhone XS dengan harga $999 (RM4,135.76).

Apple iPhone XS Max bakal dijual dengan harga permulaan $1099 (RM4,549.75). Untuk pengetahuan, harga pengenalan yang diumumkan berdasarkan saiz storan 64 GB. Harga bagi model iPhone XS Max dengan storan 512 GB pula ditawarkan pada harga $1,449 (RM5998.72) sekaligus menjadikan model ini sebagai model iPhone termahal Apple dalam sejarah.

Tanda harga yang diumumkan juga berdasarkan harga penjualan di Amerika Syarikat. Harga yang sedikit tinggi antara yang dijangkakan apabila mula memasuki Malaysia dimana iPhone X yang sebelum ditawarkan $999 di Amerika Syarikat telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM4,857.

Apa pendapat anda mengenai model terbaru iPhone ini? Sudah cukupkah tabung anda untuk menjadi yang terawal mendapatkan iPhone XS Max?

https://www.youtube.com/watch?v=9m_K2Yg7wGQ