Tiga pakar kejuruteraan kimia yang berkhidmat dengan universiti di Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai antara 'Minda Paling Berpengaruh Di Dunia 2015' daripada Thomson Reuters.

prof
Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud (UKM). Via Youtube

Laporan dikeluarkan baru-baru ini, menyenaraikan mereka adalah Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud dan Prof Dr Siti Khatum Kamarudin, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepakaran mereka adalah dalam bidang tenaga hidrogen dan sel bahan bakar.

prof
Prof Dr Siti Khatum Kamarudin (UKM). Via UKM

Turut berada dalam senarai satu peratus saintis paling terkemuka di dunia itu ialah rakyat Iraq, Prof Dr Bassim H Hameed dalam bidang kejuruteraan reaktor dan penjerapan, dari Universiti Sains Malaysia.

Dalam kenyataannya, Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata daripada sembilan juta saintis di seluruh dunia, 3,000 dari 21 bidang sains dan sains sosial disenaraikan dalam laporan itu.

prof
Prof Dr Bassim H Hameed (USM). Via Mstar

Katanya para penyelidik terkemuka itu dipilih melalui hasil analisis terhadap data kutipan bagi tempoh 11 tahun, dan pengenalpastian mereka yang menerbitkan paling banyak tulisan yang amat terpuji.

Data kutipan itu diambil daripada pangkalan data kutipan saintifik Thomson Reuters Web of Science.

BACA: Penyelidik UPM Berjaya Cipta Minyak Masak Boleh Diulang Guna Sehingga 80 Kali

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber