Anggota bomba dan penyelamat bukan sekadar memikul tanggungjawab memadamkan kebakaran tetapi mereka perlu bersedia dengan tugas-tugas menyelamat. Apabila mereka mendapat laporan, mereka akan sentiasa menjalankan tugas sebaiknya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @rusliachok telah berkongsi sebuah video yang memaparkan anggota bomba menjalankan tugas menyelamat di sebuah bangunan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@rusliachok

anjing merajuk

♬ Funny – Gold-Tiger

Menerusi video terbabit, anggota bomba memujuk seekor anjing yang berada di luar bangunan tinggi selepas menerima aduan menyelamat kerana dikhuatiri anjing tersebut akan jatuh dan mengalami kecederaan atau sebaliknya. Dapat dilihat, anggota bomba tersebut sabar untuk memujuk anjing itu.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat anjing tersebut yang merajuk serta tidak termakan pujukan ahli bomba tersebut.

Para netizen juga tertanya-tanya apa sebab anjing itu merajuk seperti itu dan pelik kerana bomba terpaksa menyelesaikan hal tersebut. Difahamkan, anjing itu telah berjaya diselamatkan dan ia bukanlah anjing mana-mana pemilik di kawasan tersebut.