Nota Editor: Tip ini telah dikongsikan oleh Mohd Ameerul Mohammad Redzuwan yang telah melakukan kembara mengelilingi Semenanjung Malaysia secara solo selama 42 hari dengan menaiki skuter.

Menamakan pengembaraan beliau ini sebagai Kann Tour, Ameerul mengambil keputusan untuk keluar mengembara selepas mengalami masalah dalam perniagaan beliau sambil berehat dan mengumpul kembali kekuatan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ameerul-12

Saya percaya kalau rezeki kita sempit, kita kena banyakkan bersedekah yang mana masa tu jangan kata sedekah, saya nak survive pon memang tak cukup. So what I can do is offer pre order t-shirt.

Sewaktu tour pusing Malaya saya buat bisnes design t-shirt. Saya just ambik minimum upah RM5 untuk setiap helai yang terjual dan selebihnya saya sedekahkan. Saya tak nak fikir panjang-panjang, hanya percaya Allah akan bagi jalan.

Saya mulakan perjalanan dengan RM70 je dalam tangan. Along the way ada orang beli baju lah. Ada orang suka my objective dia hulur duit belanja. Food and accommodation memang ada je. Couch surfing, friend and families. Senang cakap rezeki musafir ni memang ada.

Journey saya start di Kuala Terengganu, ke Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Perak, Kedah, Penang, Perlis, Kedah balik, Perak dan Kelantan.

Semenanjung Malaysia merupakan salah satu destinasi yang sangat menarik untuk dilawati. Bagi orang Malaysia sendiri sebenarnya, masih ramai lagi yang belum benar-benar mengembara ke seluruh pelusuknya.

Di sini saya ingin berkongsikan pengalaman sendiri mengembara menaiki skuter selama 42 hari mengelilingi semenanjung dengan jarak 4500km. Kembara saya telah dimulakan pada 1 Mei 2015 di bandar Kuala Terengganu. Perjalanan saya menuju ke selatan, barat semenanjung, utara dan berakhir di timur semula. Sekadar berkongsi secara menyeluruh, pilihan jalan dan beberapa tips.

ameerul-3

1. Dengan menaiki motor kapcai atau skuter, pilihlah jalan persekutuan biasa. Penggunaan lebuhraya hanya sesuai bagi perjalanan jarak dekat (50km ke bawah) sahaja. Jalan persekutuan lebih menarik pemandangannya.

ameerul-1

Saya ambik masa 42 hari habiskan tour tu. Saya tak menjual sangat. Saya banyak cari networking dan bagitahu apa saya buat. Along the way banyak kenal orang, banyak idea yang tak berkaitan datang tapi bagus untuk potensi bisnes di masa depan.

2. Jarak terbaik sehari adalah lingkungan 150km-200km. Elakkan menunggang pada waktu malam di jalan-jalan yang anda tidak biasa.

ameerul-9

Kuantan – Pekan – Kuala Rompin – Mersing
Distance 195km
Duration 5 hours ride

Ni pengalaman yang syoknye juga masa ni. Sebab ni 1st time aku lalu jalan ni. Biasa dari Pahang ke Johor aku ikut Muadzam dan menuju Segamat. Tapi yang ni saja try route ni. Basically jalan ni landai dan relax je. Kadang-kadang sunyi.

Tapi route ni bagi korang rasa pengalaman tengok hutan pantai sampailah ke hutan tropika. Perjalanan korang akan sejuk bila start sampai kat Hutan Endau. Dari Endau akan sampai Mersing dalam 30-40 minit je lagi.

Perjalanan ni yang istimewanya merasai perbezaan pada route. Ada 1 feeling berbeza. Tak taulah kalau aku yang feeling lain macam. Hehehe.

ameerul-11

3. Jalan-jalan tanah tinggi seperti Lebuhraya Timur-Barat (Jeli-Gerik), Jalan Kuala Kubu-Bukit Fraser, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland, Jalan Sg. Koyan-Cameron Highland, Jalan Janda Baik-Genting Highland, Jalan Batangkali-Genting Highland, memiliki suhu rendah dan kadangkala licin.

Para penunggang perlu lebih berhati hati di kawasan ini. Keluasan jalan di Lebuhraya Timur-Barat dan Simpang Pulai-Cameron Highland sangat selesa manakala jalan tanah tinggi lain agak sempit dan banyak curam.

ameerul-2

4. Cubalah jalan-jalan yang menyusuri ke tengah-tengah negeri di Kedah, Perak, Pahang dan Selangor. Jalan-jalan ini berkedudukan hampir dengan kaki Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang.

Yang pastinya, anda akan dapat melihat banyak permandangan yang menarik tanpa anda sangka. Berhentilah untuk mengambil gambar.

Baca: ‘Volunteering Works’ Bawa Lelaki Ini Travel Ke Pelbagai Negara

ameerul-5

5. Bawa alatan asas untuk menjaga jentera anda. Spana, tiub tayar, plug tambahan dan pastikan motor anda diservis sebelum dan semasa kembara. Pastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.

ameerul-4

6. Rancang perjalanan anda sekurang-kurangnya disebelah malam setiap hari sebelum kembara. Semenanjung Malaysia sangat luas dan banyak tempat menarik yang masih belum popular.

Merancang penting untuk anda mengagak masa dan juga membuat persediaan tambahan seperti simpanan petrol supaya perjalanan anda lancar.

ameerul-7

Teringat balik masa aku tour dari Gerik nak jelajah Kelantan. Tengah aku naik, jumpa 4 orang rider tengah jalan juga. Aku tegur masa di puncak tertinggi Jalan Timur – Barat. Rupanya geng-geng dari Kuala Kangsar. Dia orang nak ke Terengganu.

Jadikan cerita, aku pun join group dia sama-sama menuju ke Kelantan.

Apa yang aku nak share penting kat sini adalah umur bukan penghalang untuk pergi mengembara atau berkelana atau apa pun bahasanya. 3 daripada mereka berumur 17 tahun dan guna cuti sekolah travel dengan bajet yang kecik. Aku respect. SALUTE.

Dorang pergi je. Masalah tanggung sama-sama. Tu yang dorang buat. So yang fikir-fikir aku nak pergi tapi tak pergi lagi bertahun-tahun, boleh ubah cara dah.

ameerul-6

7. Kasut sangat penting untuk kembara menunggang. Namun, sarung tangan juga jangan dilupakan. Saya bercakap atas pengalaman sendiri yang mana tanpa sarung tangan, ketika cuaca sejuk dan sangat panas akan menyeksakan.

ameerul-8

Selesai tour, saya balik dengan lebih ramai kenalan, datang idea untuk mula menulis, dapat idea untuk design dan promosi. Bagi saya, jika sedang buntu, tour or travelling will help you to rise back. In fact saya tengah cari formula untuk share dengan orang yang gagal dalam bisnes ke, study ke atau gagal dalam hubungan, macam mana nak bangkit dalam masa 90 hari.

Percayalah, kembara menunggang motosikal kuasa kecil di Malaysia sangat mengujakan. Penuh keseronokan. Ianya jauh lebih menyeronokkan daripada menggunakan kereta dan motosikal kuasa besar, namun lebih memenatkan. Ini adalah salah satu cara menguji mental dan fizikal anda. Selamat mencuba dan mengembara.

Baca lagi: Wanita Bertudung Yang Dijaga Tuhan Sewaktu Travel

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram