Buat semua mahasiswa atau mahasiswi yang ada hasrat untuk buat bisnes di kampus. Saya nak kongsikan “Tip memulakan perniagaan di kampus masa belajar” dengan modal yang rendah.

Okey, macam ini caranya…

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

● Selepas tolak yuran pengajian dan lain-lain, tinggal lagi dalam RM1800 (ikut jurusan).

● Asingkan siap-siap dalam RM300-RM400 (paling maksimum) duit PTPTN tadi untuk bisnes apa yang korang nak buat nanti.

abul-01

● Dapatkan dulu lesen perniagaan dalam kampus. Kalau di luar ada SSM, dalam Universiti pun ada prosedur. Patuh prosedur! Tak usah berbisnes tipu-tipu. Tak berkat nanti (lain institusi, lain prosedurnya).

● Lagi bagusnya, kalau semester depan nak buat bisnes, semester ini dah selesai uruskan semua prosedur. Supaya, tak bazir semester depan. Masuk-masuk semester, terus buat bisnes. Kan dah jimat masa. Gitu!

● Cari bisnes partner, paling kurang 2 orang dan paling maksimum 3 orang. Jangan terlampau ramai, nanti akan menyerabutkan keadaan. Prinsip saya, (alang-alang cari bisnes partner, biar sampai naik pelamin)… ahaks!

● Cari member yang otak geliga pasal bisnes dan ada “passion”. Mereka yang cepat bangkit daripada kegagalan. Member yang tak banyak ‘songeh’. Sebab mereka ini, semangat memang tinggi dan berkobar-kobar.

● Kalau dua orang, dah ada RM RM800, kalau 3 orang dah ada RM1200 sebagai modal.

● Kan senang! Buat apa, nak join skim cepat kayap, yang belum tentu jamin pulangan? Bila aku nasihat tak nak dengar. Jeng kreng…

● Duduk bersama sesama bisnes partner tadi dan brainstorm. Jangan ambil tempoh yang lama untuk brainstorm. Kongsikan idea dan pendapat masing-masing. Buat kira-kira. Masa ini, curahkan semua yang ada dalam kepala otak.

● Fikir nak jual apa? Sasaran pengguna siapa nanti. Macam mana nak uruskan pemasaran produk yang kau nak jual. Siapa yang nak jaga kewangan. *Ini paling penting

● Ada yang kata, bisnes kecil pun nak kena jaga kewangan ke? Mestilah bang, kebanyakan student lingkup bisnes, sebab pengurusan kewangan kelaut. Setuju?

● Catatkan transaksi perniagaan harian di dalam buku. Buat dulu secara manual, kalau belum ada sistem.

abul-02

● Perkara paling penting akaun peribadi & akaun perniagaan jangan campur-aduk.

Contoh: Kalau kebiasaannya akaun peribadi yang digunakan adalah Bank Islam, untuk perniagaan jangan guna bank tersebut. Gunakan akaun bank lain. *Ini kaedah selamat daripada berlaku sebarang penyelewangan.

● Bagi saya, saya suka produk makanan yang semua orang boleh makan, termasuk student dari luar negara. Nak tahu sebab apa? Lain kali saya cerita.

● Dah ada produk makanan nak jual. Brainstorm gila-gila.. Akhirnya saya dan partner saya pilih “Buah Potong”.

● Haaaa.. Kan Melayu, Cina, India, Dusun, Kadazan, Abangla, Nigerian, Somalian, semua orang makan buah, melainkan anda ada alahan dengan buah.

Okey, dah faham sampai sini? Nak jual apa pun dah ada. Market segmentation pun dah ada. Seterusnya apa lagi? … TINDAKAN!!!

● Cari port orang ramai. Tengah-tengah institusi anda yang ramai orang lepak dan tumpuan umum termasuk kaki tangan awam. Dan mulakan bisnes anda.

● Bila diri anda dan partner ada urusan peribadi, jangan pula tak jalankan perniagaan.

● Buka peluang perniagaan, kepada kawan-kawan yang duduk bilik tak tahu nak buat apa tu dan bayar mereka per jam. Di samping buat bisnes, kita juga belajar kawal macam-macam situasi. Heeee….

● Apabila dapat untung sikit, jangan pula lepak kedai hipster setiap minggu. Sekali makan, mau cecah sampai RM50.

● Nak buat bisnes, kena lawan nafsu. Maklumlah, jiwa anak muda, kuat memberontak. Tahan dulu nafsu tu buat peringkat permulaan.

Nota:

i) Perniagaan makanan (F&B) ini mungkin renyah bagi kebanyakan student, tapi pulangannya memang masyuk!

Kenapa saya yakin? Sebab saya sendiri dah buat masa belajar. Senang kan nak buat bisnes masa belajar?

Anda rasa bermanfaat dengan perkongsian saya ini, SHAREkan kepada anak muda di luar sana yang masih menuntut, biar mereka celik bisnes dan tidak terjerumus dalam mana-mana kancah skim.

BACA: 5 Pesanan Berharga Buat Graduan Yang Ingin Mula Berniaga