Sekiranya anda merupakan peminat jam tangan G-Shock di Malaysia pastinya anda cukup tahu dengan impak Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam industri pasaran jam tangan G-Shock. Meskipun tidak berkolaborasi secara langsung, namun jam tangan yang digayakan baginda pastinya menjadi buruan peminat.

Pernah popular menerusi model GA-2100 Solid Black dan Skeleton, terbaharu TMJ sekali lagi berkongsi jam tangan G-Shock menerusi Instagram Stories yang berjaya menarik perhatian ramai. Uniknya pada kali ini, model yang digayakan merupakan model custom sekaligus membuatkan model ini tampak rare di mata peminat.

TMJ

Sumber: instagram @hrhcrownprinceofjohor

G-SHOCK TMJ_3

Sumber: instagram @hrhcrownprinceofjohor

G-SHOCK TMJ

Sumber: instagram @hrhcrownprinceofjohor

Menerusi perkongsian Instagram @gshockpulaupinang, beliau yang berkongsi informasi bersama The Vocket memaklumkan model yang disarung TMJ dalam gambar tersebut merupakan model custom-made.

Jam tangan G-Shock tersebut merupakan model yang berasal daripada model GA-2110 ET-8A dan GA-2100 SKE-7A atau turut dikenali juga sebagai G-Shock ‘Skeleton’. Walau bagaimanapun, model yang disarung TMJ tampil dengan beberapa perubahan melibatkan bahagian dial dan face plat.

G-Shock custom

Sumber: ifl watches

Berdasarkan carian, didapati laman IFL Watches menawarkannya pada harga sekitar 549.00 (~RM2,729.69). Sebuah harga yang premium untuk sebuah jam tangan keluaran G-Shock namun cantik dan unik di mata peminat.

Melihat kepada trend semasa, berkemungkinan besar para peminat G-Shock di Malaysia bakal turut mengikut jejak langkah TMJ dengan menempah edisi custom ini. Tidak mengejutkan sekiranya harga model ini terus meningkat di kalangan peminat selepas mulai disarung TMJ berdasarkan fenomena yang dicipta baginda sebelum ini.

Selain TMJ, jam tangan yang disarung Tengku Zafrul turut menjadi buruan peminat G-Shock di Malaysia.

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Selepas Model Blackout, G-Shock ‘Skeleton’ TMJ Pula Menjadi Buruan Peminat

Casio Tampil Dengan Koleksi ‘Limited Edition’ G-SHOCK x Harimau Malaya

Anda Mungkin Suka