Tokyo adalah ibu kota negara Jepun yang sesak dan padat dengan manusia. Dari terminal keretapi Tokyo sehingga ke lintasan zebra di Shibuya, Tokyo terus dihujani manusia.

maxresdefault
HYPE
Apa Yang Best Sangat Dengan Cabaran Red Bull Sehingga Menjadi Ikutan Netizen
Baca lagi →

Imej Tokyo juga tidak terlepas daripada dipaparkan oleh penulis-penulis di dalam buku terkenal mereka. Kisah yang menceritakan wajah Tokyo lewat zaman perang sehingga sekarang. Daripada menjadi kota yang biasa kepada kota yang pesat membangun.

Umum mengetahui bahawa Haruki Murakami adalah seorang penulis Jepun yang terkenal dengan karya-karya beliau yang penuh imaginasi dan fantasi. Tokyo muncul di dalam novel fiksyennya, dari Norweign Wood yang mengambil sisi tahun 1970-an. Selain daripada itu di dalam novel Underground pula menceritakan sisi gelap Tokyo yang dilanda serangan sarin (senjata kimia yang mempunyai toksik yang tinggi) pada tahun 1995 dan kesannya kepada negara.

Tetapi tahukah anda bahawa wujud buku dan penulis lain yang kurang terkenal menceritakan sisi lain ibu kota Tokyo. Jadi ini 5 senarai buku lain yang menceritakan tentang ibu kota Jepun, Tokyo.

1. The Book of Tokyo: A City in Fiction Short – Michael Emmerich, Jim Hinks, Masashi Matsiue (editor)

1. The Book of Tokyo A City in Fiction Short

Comma Press, syarikat penerbitan kecil di Britain telah bertanggungjawab untuk mengumpul kerja-kerja 10 orang penulis ini. Mereka di minta untuk menceritakan sisi lain wajah ibukota Tokyo. Daripada sebuah bandar yang penuh fantasi – pembunuhan bersiri, rogol, pencuri, pencinta yang jahat – kepada sebuah bandar yang menceritakan kisah nyata kehidupan di Tokyo.

Buku ini mengangkat kisah-kisah tentang pergelutan emosi diusia pertengahan, kisah cinta yang gagal dan kisah tentang orang asing yang terpukau dengan pemandangan kota Tokyo. Sesiapa yang membacanya akan mempunyai sisi pandangan yang lain kepada kota Tokyo.

2. Almost Transparent Blue, Ryu Murakami

2. Almost Transparent Blue, Ryu Murakami

Novel ini menceritakan peristiwa-peristiwa daripada kehidupan penulis pada 1970-an di Bandar Fussa, Tokyo, ketika berusia dua puluhan. Ryu, seorang wira di dalam novel ini, tinggal di sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan pangkalan ketenteraan Amerika di Fussa. Pada waktu itu, Ryu dan sahabatnya menjalani kehidupan mereka dengan seks, dadah dan keganasan tanpa ada harapan untuk masa depan.

Walaupun cerita digambarkan melalui sudut pandang penulis, ia tetap mengekalkan rasa tentang segala yang terjadi dan mengaitkannya melalui kekosongan yang menghantui novel ini. Penulis mencapai gambaran kehidupan yang memusnahkan anak muda Jepun pada tahun 1970-an dan realiti kehidupan di ibukota ini.

3. Out, Natsuo Kirino.

3. Out, Natsuo Kirino.

Bagi pembaca yang pernah membaca buku dan menonton filem dari Jepun pasti suka dengan keganasan yang ditonjolkan. Tambahan pula, jika keganasan itu datang dari seorang perempuan, pasti cerita itu menjadi lebih menarik.

Karya Natsuo Kirino kali ini menceritakan tentang empat wanita yang bekerja di kilang bento di pinggiran bandar Tokyo. Diselubungi oleh masalah keluarga dan kerja, mereka terdesak untuk keluar dari kehidupan yang membosankan dan berulang-ulang. Keputusan ini dipotretkan dalam bentuk yang tragis setelah salah seorang daripada mereka telah membunuh suaminya yang juga seorang kaki pukul dan dibantu oleh sahabatnya yang lain.

Out, tulisan Kirino menggambarkan sisi gelap masyarakat moden Tokyo dengan inspirasi yang mendalam tentang realiti kehidupan rakyat biasa.

4. Sanshiro, Soseki Natsume

4. Sanshiro, Soseki Natsume

Soseki Natsume, salah seorang penulis Jepun yang hebat pada awal 1900-an, menceritakan sisi hidup orang-orang biasa sewaktu zamanya. Sanshiro, watak utama di dalam novel ini memulakan penceritaannya setelah beliau berpindah ke Tokyo untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Selepas berpindah ke Tokyo, Sanshiro menghadapi banyak perbezaan di antara bandar dan kampung halamannya, dan menemui tiga dunia yang berlawanan yang beliau ingin teroka: persekitaran, pelajaran dan cinta. Sejurus selepas Perang Russo-Jepun, terdapat suasana bercampur di Tokyo yang menggabungkan tradisi pra-moden zaman Edo dan pengaruh budaya Barat.

Di dalam novel Sanshiro, Natsume mengambil pandangan kritikal masyarakat Jepun pada masa itu seperti yang dinyatakan melalui mata Sanshiro.

5. The Donald Richie Reader: 50 Years of Writing on Japan

5. The Donald Richie Reader 50 Years of Writing on Japan

Daripada seorang penulis yang menulis tentang pelancongan dan budaya, kemudian berubah angin kepada penulisan tentang gaya hidup. Donald Richie telah menghabiskan separuh daripada sisi hidupnya menulis tentang Tokyo.

“Apa yang saya dapati semasa saya berjalan dan berjalan dan berjalan adalah sebuah bandar raya dengan stesen basnya sendiri, kisah-kisahnya, monumen dan bangunannya. Walaupun berada di tengah-tengah Tokyo, ia adalah bandar yang terdapat pokok di mana-mana sahaja, malah sebuah bandar di dalam taman. Dengan keindahan Tasik Sanshiro, di saat saya melihatnya, ia merujuk kepada Soseki Natsume wira yang lahir dari negara ini. Seperti yang saya lihat di bandar pra-perang ini, saya teringat Tokyo pada tahun 1947 apabila segalagalanya – semua yang tersisa – kelihatan seperti Todai hari ini,” Donald Richie.

Jika anda seorang yang rajin terbang dan mengembara ke negara Jepun, cuba cari buku ini dan baca. Anda pasti akan lebih appreciate negara Jepun selepas ini.

<strong>Saksikan Guns 'N Roses Beraksi Di 'Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group

Artikel di atas disumbangkan oleh Aiman Nazirmuddin. Beliau suka membaca dan membuat kajian tentang sejarah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group