Sekiranya anda berpendapat orang ramai cuma membeli produk keluaran syarikat Elon Musk kerana hasil inovasinya seperti Tesla, anda mungkin silap. Terbaru, Elon Musk telah mengeluarkan sebuah topi dengan rekaan yang sangat ringkat bertulis ‘The Boring Company‘.

Untuk pengetahuan anda Boring Company yang tertera pada topi ini merujuk kepada syarikatnya yang menawarkan solusi buat penduduk Los Angelas. Anda boleh baca di sini dengan lebih lanjut projek yang diusahakan Boring Company.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tunnel-boring-company-borer

Apa yang mengejutkan ramai serta Elon Musk sendiri adalah topi keluaran syarikatnya berjaya dibeli oleh 30,000 pengguna dalam waktu yang singkat selepas dilancarkan. Berikutan sambutan yang hebat daripada orang ramai, Elon Musk telahpun menjanjikan untuk mengeluarkan flamethrower sekiranya topi beliau berjaya mencecah 50,000 penjualan.

Tahniah Elon Musk! Anda berjaya membuktikan anda tidak perlu menjadi selebriti atau ikon fesyen untuk menjual 30,000 topi dengan rekaan yang ringkas. Lebih menarik perhatian kami, Elon Musk akan menyalurkan kesemua hasil keuntungan penjualan topi ini di dalam dana pembangunan Boring Company.

tesla-apple-car-elon-musk-1

Mungkin dana yang disalurkan tidaklah terlalu banyak namun pastinya bakal membantu. Mungkin ini caranya orang kaya kekal kaya begitu juga dengan syarikatnya.