Hari ini, AirAsia sudah merealisasikan impian ramai orang untuk travel ke luar negara pada harga tak masuk akal. Saya pernah beli tiket penerbangan dari Malaysia ke Indonesia pada harga RM90.00 pergi dan balik. Serius! Tempat duduk percuma pun tak mustahil.

Baca: 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

Jadi tak hairanlah kenapa AirAsia menang anugerah sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah terbaik di dunia untuk kali ke-9 berturut-turut. Selain terkenal sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, banyak lagi sebab kenapa AirAsia tidak menghampakan. Dan ini 5 sebab kenapa saya kata travel bersama AirAsia lebih seronok.

1. Hidangan Dalam Pesawat

AirAsia memperkenalkan pelbagai jenis makanan (sample size) dari rantau Asia di Karnival Makanan Santan baru-baru ni. credit: @cforcassan

Tak sedap terbang kalau perut lapar. Anda boleh enjoy lebih dari 15 jenis pilihan masakan yang enak dari negara Asean mahupun antarabangsa. Biryani Ayam Bukhara, Nasi Lemak Pak Nasser, Sate Ayam, Mi Goreng Mamak Kamal, kid’s meal Makaroni Keju Bebola Ayam dan Ribena, Makanan vegetarian Biryani Kabali dan banyak lagi. Yang paling sedap saya suka Ayam Lasagne. Pertama kali kunyah, dia punya sedap sampai sekarang tak boleh move on.

Tak percaya? Ha, tengok video ni:

Kalau pratempah online, Hidangan Kombo Santan yang terdiri daripada hidangan panas serta minuman percuma hanya RM10 sahaja untuk penerbangan AirAsia dan RM18 untuk penerbangan AirAsia X! Anda dapat penjimatan sehingga RM5 berbanding beli di dalam pesawat. Harga a la carte di dalam pesawat bermula dari RM15. Kalau buat pratempahan sehingga 24 jam (48 jam untuk AirAsia X) sebelum flight, janji hidangan panas anda akan dihidangkan terlebih dahulu.

2. Wi-Fi Dan Hiburan Dalam Penerbangan

Tiada istilah bosan bila terbang bersama AirAsia dan AirAsia X. Tahu kenapa? Sebab AirAsia ada menyediakan Wi-Fi dan pelbagai hiburan dalam penerbangan!

ROKKI tersedia dalam penerbangan terpilih AirAsia. Anda hanya perlu sambungkan smartphone ke portal Wi-Fi ROKKI untuk tengok movie, dengar lagu, main game, baca katalog, baca majalah dan lain-lain lagi secara percuma. Ya, PERCUMA! Tak perlu beli apa-apa pelan pun.

Tapi, kalau nak chat dengan aplikasi sembang seperti WhatsApp atau nak show-off gambar selfie anda atas awan di laman sosial, anda boleh memilih Chats Plan pada harga RM9 atau Internet Plan pada harga RM18. Untuk dapatkan harga diskaun, beli sebelum waktu penerbangan di sini.

Xcite pula tersedia dalam penerbangan AirAsia X. Dengan melanggan Xcite, anda boleh nikmati akses tanpa henti kandungan HD seperti filem, drama, muzik dan bermacam lagi. Memang seronok gila!

Tapi ingat, unit adalah terhad. Jadi, pastikan anda pratempah unit anda sebelum berlepas di sini. Harga langganan adalah RM49 sahaja jika pratempah online atau RM60 jika order di dalam pesawat.

3. Barangan Bebas Cukai

Siapa suka shopping online wajib jenguk website ni! Setiap kali terbang dengan AirAsia, anda berpeluang membeli pelbagai barangan berjenama pada harga yang jauh lebih murah berbanding kedai bebas cukai di lapangan terbang. Pilihan pun banyak bila beli online. Beli item idaman anda di Big Duty Free, dan tunggu sahaja pesanan anda dihantar terus ke tempat duduk anda di dalam pesawat! Memang terbaik, tak payah nak kelam-kabut bawa beg shopping ke dalam pesawat.

Big Duty Free kerap menawarkan pelbagai promosi sepanjang tahun, jadi pastikan anda sentiasa layari bigdutyfree.com untuk mengetahui aktiviti serta promosi terkini.

4. Insurans

Hah! Ini yang paling penting. Orang kata malang tu tak berbau, jadi ini sebabnya kenapa travel insurans itu sangat penting.

Adanya travel insurans Tune Protect Travel – AirAsia, anda dapat perlindungan menyeluruh sebelum, semasa dan selepas trip anda dengan tuntutan faedah sehingga RM300,000! Antara perlindungan yang tersedia termasuk pembatalan penerbangan, kehilangan atau kerosakan bagasi, kemalangan, kecurian dan bermacam lagi hal yang merumitkan. Dengan bayaran harga premium yang berpatutan, anda boleh travel tanpa rasa resah.

Lagi best, insurans kini tersedia bila anda memilih Pek Nilai, Premium Flex atau Katil Rata Premium yang mana meliputi perlindungan 1 Jam Jaminan Ketepatan dengan pembayaran balik sebanyak RM100 dan perlindungan Kelewatan Bagasi sehingga RM360.

5. Katil Rata Premium

Elizabeth Tan, artis terkenal, juga peminat Katil Rata Premium!

Walaupun penerbangan tambang rendah, tak bermaksud anda tak boleh nikmati penerbangan like a boss. Dengan tawaran pek Katil Rata Premium, anda boleh nikmati penerbangan yang penuh selesa dengan pelbagai faedah seperti:

  1. Tempat duduk yang luas dan boleh direbahkan menjadi katil rata.
  2. Peruntukan bagasi percuma sehingga 40kg.
  3. Bantal dan duvet yang empuk untuk anda nikmati tidur yang lebih selesa.
  4. Dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan, lampu bacaan dan soket universal USB.
  5. Penukaran waktu dan tarikh penerbangan.
  6. Akses ke Premium Red Lounge, dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut di sini atau tonton video di bawah:

Sekarang anda tahu kenapa travel bersama AirAsia jauh lebih seronok! Tambah seronok bila anda boleh pilih dan bayar untuk apa yang anda perlu mengikut bajet anda.