Lepas dah pergi ke 2 negara ini baru jelas perbezaan antara negara Jepun dan Korea. Sebab selalu sangat orang banding 2 negara ni. Bagi aku Korea lagi best dari segi nak berbelanja dan nak pergi dari satu tempat ke tempat lain sebab pengangkutan awamnya lebih senang nak faham. Jadi di bawah ni antara perbezaan antara 2 negara, Korea dan Jepun :

1. Rupa

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Korea : Tidak dinafikan memang orang Korea sangat cantik dari segi kemulusan kulit berbanding orang Jepun.
Jepun : Kulitnya kurang mulus tetapi kebanyakkan warga Jepun memiliki mata yang bundar dan hidung mancung berbanding monolid orang Korea.

2. Make up

Korea : Gemar mengenakan BB Cushion dengan tona yang cerah dan mengutamakan highlighter dan shading.
Jepun : Gemar menggunakan blusher sepink yang boleh dan eyeshadow glitter bertona cerah.

3. Train dan subway

Korea : Main rempuh saja masa nak keluar masuk. Kadang sampai terpusing bahu bila kena langgar. Lelaki perempuan semua sama.
Jepun : Beratur di bahagian tepi dan akan tunggu orang keluar dahulu baru masuk tetapi malam Jumaat nak ke Sabtu mohon tabah di line JR Shinjuku. Di sebelah malam aku dah ada pengalaman muka melekat di cermin pintu train sebab terlampau padat.

4. Mabuk

Korea : Kebanyakannya di sekitar bandar dan dia  orang akan tahan teksi untuk pulang ke rumah.
Jepun : Bersepah kat tepi jalan, siap main sep-sep tangan dengan pekerja construction di tepi jalan. Nak touch tiket di gate train / subway pun kena papah, muka merah padam dan di orang akan tetap naik public transport.

5. Bau badan

Korea : Kalau masuk di waktu pagi dalam subway tahan saja lah bau busuk yang amat. Tapi bila waktu petang bau wangi macam bunga. Pelik juga kan?
Jepun : Tak ada bau busuk ataupun wangi, neutral saja.

6. Matawang

Korea : 1000 Won baru dapat beli aiskrim satu.
Jepun : Boleh dapatkan sehelai kemeja Uniqlo dengan harga 1000 Yen.

7. Pertanyaan

Korea : Ada yang membantu tapi tak ramai. Kebanyakan yang banyak membantu adalah orang yang berkemeja serta tua. Yang muda jarang nak tolong, siap bagi isyarat tak boleh cakap English.
Jepun : Buat muka lost sikit confirm  dia orang yang akan datang kat kita dan cuba untuk bantu.Walaupun tak pandai English, dia akan guna Google Translate untuk bagi kita faham.

Baca: Travel 2 Bulan Di Korea Selatan, Ini 11 Tip Cari Makanan Halal Di Sana

8. Kosmetik produk

Korea : Packaging produk cantik dan dinyatakan dengan jelas kandungan skincare/makeup tersebut dengan mengoyakkan lapisan bahasa Korea.
Jepun : Kurang menarik sebab packaging terlampau ringkas dan kebanyakannya tiada alih bahasa di dalam English.

9. Street-food

Korea : Lebih kepada khinzir,daging dan ayam.
Jepun : Banyak seafood yang direbus dan produk berasaskan rice cracker atau rice cake (mochi) yang mana kebanyakannya edible / yakin boleh makan. Kebiasaannya inti dia adalah paste kacang merah.

10. Kedai 24 jam

Korea : 7-11 dan GS25
Jepun : 7-11, Family Mart dan Lawson

11. Tahap kebersihan

Korea : Bersih tetapi sampah tidak diasingkan.
Jepun : Ada sesetengah tempat yang kurang bersih tetapi setiap sampah diasingkan dengan rapi.

12. Tandas

Korea : Tak ada air tapi kalau membuang air besar boleh tekan yang ada lagu kat dinding.
Jepun : Kebanyakan tandas ada air, bonus point dan pakai teknologi washlet. Kalau membuang air besar boleh tekan butang lagu untuk bagi keluar bunyi air mengalir dan pastikan tekan deodorizer untuk elak orang seterusnya yang akan masuk ke tandas daripada pengsan.

13. Kad untuk reload cash (macam Touch n Go)

Korea : Cash Bee dan T-Money, dan kebanyakan line subway / bas pukul rata tak ikut jarak.
Jepun : Pasmo,Icoca dan Suica, dan harga berbeza. Untuk line JR sedikit murah bermula daripada 140 Yen manakala private line agak mahal bermula daripada 230 Yen.

14. Perbelanjaan (dalam anggaran untuk mudah anda faham)

Korea : 1000won = RM3.80. Kebanyakan hidangan utama berharga dalam 10k Won dan boleh kongsi untuk 2 kepala.
Jepun : 1000¥ = RM40. Kebanyakan hidangan utama dalam harga 1000-1500¥ dan kebanyakan satu hidangan cukup untuk seorang.

15. Mesin vending

Korea : Kebiasaanya sediakan air kopi dalam cup dalam 700Won. Dan air botol buah tak ingat berapa harga dan pernah jumpa yang panas.
Jepun : Air panas, mineral, kopi dan dan air buah dalam tin/botol berharga 130¥ ke atas. Kalau gambar teko biasanya yang panas, kalau tak ada yang teko maknanya air sejuk.

16. Seafood

Korea : Tak pasti berapa sebab tak makan.
Jepun : Harga roti sekali dengan lobster iaitu di Luke Losbster dalam 1700¥  termasuk taz dan king crab grilled SEBATANG KAKI SAHAJA 900¥ = RM 38 (sedih!)

17. Shopping

Korea : Harga adalah termasuk tax.
Jepun : Harga display masih belum tax. Tax di Jepun agak tinggi iaitu 8%. Ada sesetengah kedai yang dilabel tax free, kita boleh pergi ke kaunter khas dan tunjuk passport sahaja untuk dikecualikan tax (berdasarkan pengalaman orang lain dan bahan bacaan).

Tetapi untuk barang melebihi 5000¥ dalam satu resit memang sah boleh ke kaunter refund tax. Untuk pembelian coklat dan mochi dinasihatkan agar dilakukan di kedai duty free, mudah dan tidak leceh. Untuk biskut kapal sila beli di kedai runcit. Harga terendah adalah 55¥ sekotak (max seorang boleh beli 10 kotak). Boleh dapatkan di sekitar Harujuku street.

18. Aktiviti kurang sihat

Korea : Itaewon street cabaret (Homo-hills)
Japan : Shinjuku Kabukicho (Red light district) dan Geisha di Gion. Dan boleh lihat mereka dalam pukul 10 malam ke atas.

19. Penginapan

Korea : Guesthouse dan hostel adalah advisable.
Japan : Hotel ,hostel capsule dan airbnb adalah digalakkan.

20. Barangan kosmetik

Korea : Myeondong, Seoul dan BIFF, Busan
Japan : Merata di drugstore

Walaupun ada pro and cons aku tetap enjoy berjalan di kedua-dua negara.

Baca lagi: 3 Jenis Pass Pengangkutan Awam Untuk Anda Berjimat Sewaktu Di Tokyo, Jepun

Artikel di atas disumbangkan oleh Zhana Zulkifli. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka